Sunday, February 28, 2010

Puad Zarkashi: UMNO perlu hukum Ku Li.


BATU PAHAT, 28 Feb – Dr Mohd Puad Zarkashi, salah seorang aggota Majlis Tertinggi Umno berkata parti itu perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersekongkol dengan parti-parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.


Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas “orang besar” dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.


“Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Gua Musang yang bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan.


Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya minggu ini menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah itu.


Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.


“Tujuan beliau (terlibat di dalam siri ceramah pembangkang) itu adalah untuk mencabar parti (Umno) mengambil tindakan terhadap dan membolehkannya menjadi hero,” katanya.


Beliau berkata pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan ketika ini juga adalah tidak konsisten dan berlainan sebagaimana ketika Ahli Parlimen Gua Musang itu memegang jawatan Menteri Kewangan suatu ketikadahulu.


Mengenai tindakan Tengku Razaleigh yang mahu mengadakan siri ceramah tentang isu itu, katanya Umno tidak perlu berasa bimbang kerana Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak mempunyai pengaruh yang besar, sebaliknya terpaksa bergantung kepada parti pembangkang.



Sumber

Ayid>> Itu Fuad Zarkashi yang kata buka saya kata. Mahukah Majlis tertinggi UMNO mengambil tindakan sebagaibaga saranan Fuad Zarkashi. Kita tunggu dan lihat

3 comments:

Anonymous said...

Kuat betul fuad zarkashi lidah pendek ni nak bodek Najib. Dia suruh ambil tindakan pada Ku Li. Dulu Mahathir lagi teruk kutuk UMNO sampai 5 negeri jatuh ke tangan pakatan rakyat. Mengapa MT UMNO tak ambik tindakan pada Mahathir? Memang dasar lidah pendek. Cakap pun dah tak betul.

Mybabah said...

Salam Ayid. Apabila lahir manusia cerdik dalam kalangan UMNOmore, mereka pasti akan dicantas. Ini telah menjadi lumrah dalam gerombolan itu...

Ameen Muslim said...

apa2 pun, saya tetap menyokong warna kesukaan nabi.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak