Tuesday, March 2, 2010

SENSASI: INSIDEN KES KELUAR PARTI, RAKYAT DIMINTA BERSABAR KERANA ITULAH SAJA STRATEGI NAJIB UNTUK BUKTIKAN SOKONGAN TERHADAP ANWAR MERUDUM!!

Inilah dia wajah tiga ekor petualang rakyat yang bakal dikorbankan
dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi itu sebenarnya !!

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu. Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya". Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

Baca lagi seterusnya(Pahang Daily Online)

Ayid>> Barangkali dia orang nak tubuhkan persatuan Parti Lompat di Parlimen kut?

3 comments:

Ameen Muslim said...

Pesanan penaja: Nak hidup mewah di syurga kelak, kenalah bersusah payah dalam perjuangan Adden di dunia ini dulu. InsyaALLAH hidup di Firdausi nanti terjamin. Jangan nak cepat kaya, ambil jalan singkat dan salah.

Wallahu 'alam!

Ayid said...

Terima kasih Ameen Muslim

Andainya perjuangan itu manis, sudah tentu ramai yang akan berjuang

uminas said...

Salam ayid..
Hanya orang yang benar benar ikhlas dengan perjuangan saja yang merasakan susah payah dan jerit perih perjuangan sebagai satu kemanisan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak