Thursday, March 4, 2010

Baru Betul... Usul Royalti Tak Salah Kami Sokong



KOTA BARU, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) Kelantan mempertahankan tindakan wakil rakyatnya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk merujuk tuntutan royalti minyak di mahkamah.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berkata pihak yang mempersoalkan tindakan mereka kelmarin sebenarnya tidak faham rasional pendirian wakil BN.

“Adun BN hanya menyokong agar usul dibahaskan dan kami mengambil bahagian dalam perbahasan.

“Tetapi apabila sampai masa untuk mengundi, kami tidak mengundi... ini kena faham. Kalau kita tidak menyertai perbahasan, bagaimana kita hendak menyatakan hujah kita (pendirian BN dan kerajaan pusat) dalam isu pertikaian ini... mereka (kerajaan negeri) hendak mentafsir menerusi mahkamah, jadi kami berhujah supaya bawa kes ini ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas dan Setiausaha BN Kelantan berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mungkin salah faham dengan sebab pihaknya berbuat demikian.

“Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.

Hishammuddin merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Justeru Mohd Alwi menambah, Hishammuddin “sepatutnya berkata (memberitahu wartawan) akan merujuk kepada kami sebelum berkata demikian”.

“Apa yang kami lakukan ini bertujuan mempertahankan kerajaan, sebab itu Pemuda Umno (pusat) membuat kenyataan yang betul (bahawa tindakan kami adalah betul),” kata beliau lagi.

“Hanya satu panggilan yang memisahkan saya daripada Hishammuddin... beliau (sepatutnya) telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi.

Malah Mohd Alwi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husien sebelum usul itu dibahaskan.

“(Dalam suasana ini) kita kena bertindak sebagai ahli politik yang tenang, bijak dan matang... ini adalah mainan politik... ini sudah jadi satu pertikaian, jadi biar bawa ke mahkamah,” katanya.


Baca lagi pasti menarik




Ayid: “Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.


1 comment:

Unknown said...

Salam Ayid,saja singgah

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak