Sunday, February 7, 2010

Bala Manimpa Gara-gara Tangguh Hukum Sebat Kartika. 26 Orang termasuk 2 Wanita di tahan atas kesalahan sama Di kuantan



KUANTAN, 7 Feb [5.25 pm] - Rakyat Malaysia digemparkan dengan isu seorang wanita Melayu yang dikenali sebagai Kartika Sari Dewi Shukarnor (foto) 32 tahun, yang berasal dari Sungai Siput, Perak. Pada 11 Julai 2008, beliau telah didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, dekat sini sekitar jam 11.40 . Kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di mana sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Hukuman itu telah dijatuhkan oleh Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Kartika telah mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember 2008. Namun anehnya, sehingga ke hari ini hukuman tersebut masih belum dilaksanakan. Ini mengundang seribu persoalan dikalangan umat Islam seolah-olah undang-undang Islam yang telah termaktub itu dipermainkan. Apa tidaknya, pemimpin politik dari UMNO ramai yang mempertikaikan hukuman tersebut kononnya zalim, tidak berperikemanusian, primitif dan sebagainya.

Malah, kekeliruan itu menyebabkan rakyat semakin tidak faham sebenarnya. Banyak bantahan yang timbul termasuk dikalangan NGO Islam di Kuantan sendiri. Malah, satu seminar pelaksanaan hukuman sebat telah diadakan di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober 2009 yang lalu. Tujuannya bagi memberi kefahaman kepada semua berhubung hukuman sebat sebelum ia dilaksanakan. Kes Kartika telah menimbulkan kontroversi dan namanya popular dengan sekelip mata sahaja. Penantian itu satu penyeksaan, nampaknya seolah-olah ia dilupakan begitu sahaja. Campurtangan pihak atasan menyebabkan rakyat takut untuk bersuara dan Kartika sendiri sebagai orang yang dituduh amat hairan dengan apa yang berlaku. Beliau rela menerima hukuman atan kesilapannya, namun ada pula pihak yang menghalang sehingga ia tertangguh sekian lama itu. Makanya apa yang berlaku sekarang ialah rakyat terutamanya generasi muda di Kuantan bahkan Pahang ini seolah-olah tidak takut lagi untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Kartika. Mereka tahu bahawa, hukuman syariah tidak akan dilaksanakan ke atas mereka seperti apa yang berlaku kepada Kartika itu.

Kini, golongan terbabit tidak segan silu untuk melakukan perbuatan yang sama di kebanyakan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, bar & bistro, kelab dangdut dan sebagainya di Kuantan ini. Malah kejadian ini dilhat semakin serius dan parah selepas hukuman terhadap Kartika ditangguhkan. Inilah padahnya pabila undang-undang Islam itu dipermainkan oleh golongan yang berkepentingan serta takut dengan keadaan. Akhirnya, bagai bala datang semalam seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam Ops Taubat. Menurut Ketua Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat. Operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu membabitkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar ini. "Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya. Ahmad Raffli berkata, ada di antara pengunjung terbabit memberi alasan tidak meminum arak, namun gagal membuktikannya selepas diperiksa alat pengesan alkohol.

[Kesemua yang ditahan bagi kesalahan meminum arak akan didakwa di Mahkamah
Syariah mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan berkhalwat, katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 145 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali].
Pahang Daily On line

MARI KITA SAKSIKAN TAYANGAN VIDEO INI


3 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

begitulah keadaan tidak akan damai selagi hukum Islam masih belum tertegak.

Briged Akhdor LR2 said...

kalau beginilah dapat dilakukan di malaysia alangkah baiknya..tp pemimpin2 malaysia takut sebab bini sendiri tak tutup aurat..dan hukuman sebat begini lebih terkesan pada pesalah..

Unknown said...

Saya setuju dengan kenyataan dua sahabat kita di atas,cuma yang saya musykil tentang cara merotan seperti dalam video tu.
Setakat yang saya tahu hukuman rotan cara Islam,orang yang menjalankan hukuman rotan itu tidak boleh menghayun rotan tersebut melepasi paras bahu nya(mungkin untuk mengelakkan kecederaan parah)
itu setakat yang saya tahu,mungkin kalau ada sesiapa yang lebih tahu boleh nyatakan perkara sebenar.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak