Saturday, November 26, 2011

umno mmg selalu perasaan; ujub dlm diri setiap penyokong dan pemerintahnya.

Mat Sabu:

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.

Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya.(Hrkh)

Mari kita lihat perubahan yang berlaku di Myanmar dari Malaysia

Sila klik untuk besarkan gambar


Myanmar Parlimen telah meluluskan RangUndangundang yang membolehkan rakyat untuk membantah secara aman,yang terbaru dalam siri reformasi sejak kerajaan awam mengambil alih kuasa bulan Mac

Rang Undang-Undang ini akan memerlukan penunjuk perasaan untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai pemasangan mereka "lima hari lebihawal", ahli Dewan Atas Aye Maung Parti kewarganegaraan Pembangunan Rakhine dipetik sebagai berkata oleh AFP.

Najib Rosmah berusaha nak mekap undang-undang perhimpunan aman tu:
Undang-undang ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang-undang sedia ada.

"Kita sedar betapa murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap dan sudah pun memukul canang bagi memburuk-burukkan undang-undang baru yang ingin kita bentang ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Najib, di bawah rang undang-undang baru itu nanti, pihak polis yang selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas.

Serentak dengan itu katanya, keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yang kekal hanya hukuman denda bagi mereka yang masih berdegil melanggar undang-undang. - Utusan.
umno mmg selalu perasaan; ujub dlm diri setiap penyokong dan pemerintahnya.. mentanglah dah 54 taun memerintah.. smpai dah nyanyok prasaan diri tu 'bagus'

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak