اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
 
Bagaimana pula nasib, parti memerintah terlama dah 54 tahun?
UM alami krisis kemerosotan?
KUALA  LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis  kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf  akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan  kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon
Mereka  yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan  ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan  berkhidmat di universiti itu.
Presiden Persatuan Kakitangan  Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan  perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari  Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8  orang dari Fakulti Kejuruteraan.
BH
 
2 comments:
sebab banyak sangat kangkong di UM. bukan nak jaga martabat ilmu tapi lebih menjaga untung peribadi... bila nak naik pangkat????
Amat serius. Inilah malapetaka keilmuan di negaraku akibat daripada tindakan puak-puak kaki ampu. Malang sungguh. Di universiti lain pun mungkin berlaku perkara yg sama (ampu sana ampu sini). Apa jadi dgn UiTM? Dpt ketua dan juak-juaknya yg haprak. Betulkah begitu? Mudah dpt pangkat profesor kalau ampu ketua. Betulkah begitu? Unisel kena elak jadi macam UM & u lain. I luv Selangor.
Post a Comment