Showing posts with label Royalti. Show all posts
Showing posts with label Royalti. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Keberanian Ku Li mendahulukan rakyat




KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah berbeza pandangan dengan kepimpinan Umno dalam isu royalti minyak berpunca dari dasar dan amalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak bersifat pro-rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Keberanian Ku Li mengambil pendirian yang bertentangan dengan pendirian kerajaan (pimpinan Najib) adalah suatu langkah yang mendahulukan rakyat," katanya.


Kerajaan Najib menafikan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan dan meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang memutuskan untuk memberikan wang ihsan sahaja kepada Terengganu yang waktu itu ditadbir oleh kerajaan PAS.


Sambil menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menidakkan royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebagai tindakan yang bersifat memusuhi dan melancarkan perang, Mahfuz melihat tindakan Razaleigh hakikatnya mahu mempertahankan kedaulatan kerajaan dan rakyat Kelantan.


Beliau bersetuju dengan penegasan Razaleigh di akhir ucapannya dalam majlis Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Kota Bharu minggu lalu bahawa Kelantan bukan peminta sedekah.


Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tindakkan Razaleigh itu mengingatkan kembali rakyat Malaysia pada peristiwa keberanian beliau menentang Dr Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden Umno 1987 lalu sedangkan pada waktu itu Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Baca lagi

Thursday, January 28, 2010

Projek Runtuh Di Terengganu Bukti Wang Ehsan Tidak Berkat, Kelantan Jangan Terima





http://idrisahmad.wordpress.c
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.

Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan.

BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.

Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma 'wang ehsan' tidak pernah wujud. Hanya terma 'wang royalti' sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan 'terma 'wang ehsan' seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.

PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.

Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.

Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.

Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.

Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.

PAS berharap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.

PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penarangan PAS Pusat



follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak