Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Hudud: Pusat tiada kuasa, Kelantan harus cabar Akta Mahkamah Syariah


“Kalau Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata belum sampai masa nak buat hudud, itu soal dia.

Tapi dia tidak harus menghalang negeri yang hendak buat hudud,” jelas beliau.

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Perlembagaan tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud sebab tidak ada peruntukan mengatakan tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam itu dan Kelantan harus mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Di sisi undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Malaysia, di peringkat persekutuan atau negeri. Atau di kedua-dua,” kata beliau (gambar) mengulas kontroversi berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud yang muncul semula sejak awal minggu ini.

“Bahkan sebahagian undang-undang Islam telah pun dilaksanakan. Contohnya keluarga Islam, perbankan dan jenayah syariah,” kata beliau sambil menambah, jika pihak kerajaan pusat mengatakan bahawa undang-undang Islam dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan, “apa akan jadi dengan undang-undang itu?”

“Nak mansuhkan?” soal ahli akademik ini merujuk kepada undang-undang semasa.

Jelas beliau, hukum hudud dan qisas bermakna ada keperluan untuk meningkatkan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada kerana kini hukuman yang disediakan, contohnya zina, tidak mengikut peruntukan prinsip Islam.

Aziz menambah, sekiranya Umno mendakwa bahawa komited dengan pelaksanaan hukum Islam, ia perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Pada pendapat saya akta ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam adalah bidang kuasa negeri sedangkan akta berkenaan ialah undang-undang yang dibuat oleh persekutuan,” kata Aziz hari ini.

“Dan, kita tahu Mahkamah Syariah di bawah kuasa negeri. Jadi mengapa Parlimen buat undang-undang untuk menyekat mahkamah milik negeri? Ini salah di sisi perlembagaan kita yang mengamalkan semangat federalisme,” tambah beliau.

“Kalau Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata belum sampai masa nak buat hudud, itu soal dia. Tapi dia tidak harus menghalang negeri yang hendak buat hudud,” jelas beliau.

Sehubungan itu kata Aziz, ekoran keengganan kerajaan pusat pilihan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri Kelantan ialah mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965.

“Kita lihat bagaimana mahkamah dengan ketua hakim yang baru ini akan bersilat,” katanya.

Aziz juga berkata, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam betul kerana apa yang dihasratkan oleh Kelantan tidak melanggar dasar Pakatan Rakyat.

“Selama ini pun negeri-negeri Pakatan menjalankan dasar-dasar tertentu yang tidak standard di peringkat negeri asalkan ia tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Malah tegas beliau, ini satu kesempatan untuk Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka mengamalkan kesatuan dalam kepelbagaian.

“Mereka sudah berjaya mengamalkan dasar sama rata di kalangan anggota, tidak seperti BN yang mengamalkan dasar komponen utama yang dimainkan oleh Umno.

“DAP tidak harus berdegil dengan perspektif perlembagaan mereka yang belum tentu betul dan muktamad. Umno sendiri sudah menerima hudud yang secara tidak langsung bermakna ia akur dengan perspektif perlembagaan yang saya nyatakan tadi,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini dan menambah, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PAS.

Awal pagi tadi, dua pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera ‘merawat mudarat politik’ pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Pendirian yang sama dilahirkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan fokus ke atas isu-isu semasa lebih penting bagi menghadapi pilihan raya umum.

Beliau memberi amaran Pakatan Rakyat akan berakhir jika pemimpin-pemimpinnya tidak berhati-hati dengan terperangkap dengan isu ‘tidak perlu buat masa sekarang’, yang dibesarkan oleh Umno-BN sekarang.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tengah hari semalam, Anwar secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Saturday, July 30, 2011

JIKA MANUSIA DAH HILANG MALU INI KESAN NYA


Bahwa amr (perintah) tersebut bermakna: at-Tahdid wal wa’iid (ultimatum dan ancaman keras). Jadi maksudnya: jika engkau tidak memiliki rasa malu maka lakukanlah apa yang engkau inginkan sebab sesungguhnya Allah akan mengganjar perbuatanmu tersebut, seperti dalam firman Allah: “Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Q.,s. 41/Fushshilat:40). Dan firmanNya: “‘Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. (Q.,.39/az-Zumar:15). Dan seperti makna hadits yang hanya ditautsiq (didukung kualitas sanad dan matannya) oleh Ibnu Hibban: “Barangsiapa yang menjual khamar (arak) maka hendaklah dia memotong-motong babi (baik untuk dijual atau dimakan)”. Maksudnya : barangsiapa yang menghalalkan penjualan khamar/arak maka hendaklah terlebih dulu menghalalkan penjualan babi sebab kedua-duanya sama-sama diharamkan. Jadi disini ada perintah namun pengertiannya adalah larangan. Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain; pendapat semacam ini adalah pilihan sekelompok ulama, diantaranya: Abul ‘Abbas, Tsa’lab.

Saya petik(SH)


GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menerima ‘hadiah’ pakaian dalam berupa dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Pengerusi Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia negeri, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, hadiah itu diberikan kerana sikap Guan Eng serta beberapa barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Saturday, July 9, 2011

BERSIH BERJAYA!

9 JULAI – Walau cuba ditipu, dibohongi dan dimomok oleh kerajaan UMNO-BarisanNasional, rakyat Malaysia tidak mudah diperdayakan.

Walau diancam, diugut dan dizalimi pihak berkuasa yang menjadi alat kerajaan UMNO-BN, rakyat Malaysia tidak takut dengan gertakan.

Walau terpaksa berdepan dengan gas pemedih mata, pancutan meriam air dan bantaian cota polis, rakyat Malaysia tidak gentar dengan keganasan pihak berkuasa.

Walau berita palsu disebarkan oleh media arus perdana milik kerajaan UMNO-BN, rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin politik yang sedang nazak di puncak kuasa.

Daripada ratusan ribu yang amat berani melangkah ke medan perjuangan di Kuala Lumpur hari ini, jutaan lagi rakyat Malaysia menumpahkan air mata gembira melihat perubahan yang sedang berlaku di ibu pertiwi tercinta.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 menjadi medan keganasan pihak berkuasa. Tetapi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian tidak pula berdendam kesumat benci walau ada yang parah dipukul polis dan ramai pula yang disumbatkan ke dalam lori-lori polis.

Baik yang berpangkat tinggi dalam politik mahu pun yang marhaen, tua dan muda, lelaki dan perempuan, rakyat Malaysia berbagai bangsa dan kaum tidak lagi takut dengan ancaman kerajaan UMNO-BN yang terlalu angkuh dengan kuasa yang sedikit itu.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 telah terbukti berjaya.Perhimpunan aman yang menjadi tonggak kebebasan rakyat menyuarakan isi hati terhadap kerajaan yang zalim dan bongkak.

Memorandum tuntutan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih telah Berjaya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, walau pun ramai penganjur Bersih 2.0 telah ditahan pihak berkuasa lebih awal hari ini.

Perjuangan Bersih 2.0 memang Berjaya tetapi ia belum selesai. Selagi pilihanraya masih dikongkong, kotor dan tidak adil, selama itu juga perjuangan Bersih dalam bentuk-bentuk yang dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan perlu diteruskan.

Rakyat mahu kepada perubahan kuasa untuk membolehkan sebuah kerajaan baru dibentuk secara adil, bersih dan demokratik. Caranya bukan dengan rampasan kuasa atau apa-apa cara lain yang tidak demokratik, kecuali melalui pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

Maka itu Bersih menuntut pilihanraya yang bebas, bersih dan adil untuk memastikan hanya yang benar-benar layak menjadi kerajaan dapat dipilih secara terhormat dan bertamadun.

Tahniah buat Bersih 2.0. Kepada mereka yang berada di ibukota pada 9 Julai 2011 untuk menyuarakan hasrat rakyat, jutaan terima kasih buat mereka atas keberanian, keikhlasan dan kejujuran dalam memperjuangkan keadilan, demokrasi dan kebebasan.

Roketkini.com

LAPORAN LANGSUNG

GALERI FOTO

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

LAPORAN LANGSUNG:

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

NONE4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

NONE4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.

3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

NONE3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

NONE3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.


Malaysiakini

Wednesday, September 15, 2010

Polis sahkan jiran 34 tahun bunuh ustazah, anaknya - The Malaysian Insider


SEREMBAN, 14 Sept – Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.

Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh.

“Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa telah digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit.

Suspek kemudiannya ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 September lalu.

Osman berkata lelaki tersebut memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.

“Lelaki terbabit dikatakan telah memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudiannya membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.

“Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit telah menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu telah menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Osman berkata kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air.

Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas. Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.

Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian.

Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara. – Bernama

The Malaysian Insider

Sunday, September 12, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan




KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Saturday, July 17, 2010

Mufti Wilayah pertahan fatwa haram ESQ




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

--Bernama

Thursday, April 22, 2010

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan




Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.

Malaysiakini

Sunday, January 31, 2010

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak