IPOH – Kenyataan dan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencabar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) supaya mengosongkan kerusi DUN kelmarin bagi membuktikan rakyat di negeri ini masih menyokong mereka mendapat maklum balas daripada ahli dewan Undnagan Negeri (ADUN) PR.
Tindakan Datuk Seri Dr Zambry ini dilihat betapa ceteknya pemikiran beliau dalam isu keadilan dan demokrasi. Kenapa beliau bertindak sedemikian umpama ‘seorang suami membenarkan isterinya diperkosa oleh orang lain’ tapi beliau masih tidak bertindak sewajarnya, sebaliknya hanya melihat dan menggalakkannya. Saya tidak tahu kenapa beliau sanggup berpendirian sebegini, menghancurkan hak serta kepentingan rakyat. Adakah beliau sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat dan adakah pula beliau sanggup pula dikhianati rakyat. Kalau beginilah sikap Zambry, bermakna seluruh rakyat Perak akan terus menderita angkar pemimpin yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan atau rasa tanggungjawab. Beliau sanggup mempertahankan kuasanya daripada memberi mandat kepada rakyat. Sewajarnya sikap orang sebegini perlu ditolak oleh rakyat.”
- ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham
Kalau hendak kosongkan kerusi atau dalam erti kata letak jawatan, sudah lama kami berbuat demikian, tapi itu cabaran yang dangkal dan cuba mempermainkan kami. Sekiranya kami letak jawatan bermakna kena menunggu lima tahun lagi untuk bertanding semula. Siapa lagi yang mahu bertanding kalau kami tidak boleh bertanding. Lagipun, untuk melihat sokongan rakyat bukan hanya berdasarkan kepada 28 kerusi sahaja sebaliknya secara keseluruhan iaitu 59 kerusi DUN. Kalau setakat 28 kerusi sahaja, ia tidak menggambarkan rakyat menyokong sepenuhnya, bagaimana dengan yang selebihnya. Apa yang kami mahu adalah semua ADUN Perak meletak jawatan, selesai masalah, kita adakan pilihan raya baru. Barulah kita dapat tengok sejauh mana sokongan rakyat kepada PR mahupun Barisan Nasional (BN). Adalah sesuatu cabaran yang tidak logik dan tidak berlandaskan kepada sesuatu yang benar.”
- ADUN Tronoh, V Sivakumar
Cabaran ini adalah tidak masuk akal kerana adalah tidak adil PR sahaja yang bubar DUN, selebihnya lagi tidak. Kita perlu berbalik kepada rakyat, biar mereka tentukan, barulah ada keadilan dan kesamarataan. Lagipun, kita mengamalkan demokrasi, jadi apalah susah sangat untuk kita terjemahkannya. Kalau betul-betul mereka (BN) berani, bubar sahajalah. Kalau hanya 28 DUN dibubarkan, ia hanya mewakili sebahagian rakyat sahaja bukan merangkumi 59 DUN. Kalah atau menang terpulang pada pilihan rakyat yang penting bagi kuasa pada mereka. Kami akan terima jika ditakdirkan kalah atau menang, sebab itu sudah mandat yang diberikan rakyat.”
- ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow
Tarikh 9 Februari makin dekat dan menyebabkan debaran semakin terasa khasnya kepada mereka yang cintakan keadilan dan kemakmuran bagi negeri Perak tercinta, tidak kurang juga ada yang menggelabah dan “hilang kewarasan” bila tarikh itu kian menghampiri. Khususnya kepada pemimpin UMNO di Perak semacam ada satu gelombang ketakutan menunggu tarikh berkenaan dan keluarlah kenyataan yang macam-macam dan tidak masuk akal. Termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila kelmarin beliau tapa berfikir panjang telah mencabar Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi ADUN Pakatan Rakyat supaya mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN berkenaan. Tanpa berfikir panjang beliau mengatakan kami tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong PR. Justeru, saya suka untuk menyatakan pendirian bahawa kenyataan berkenaan adalah tidak masuk akal, kebudak-budakan dan mempamerkan kebodohan dan sikap tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Tidakkah Zambry faham bahawa persoalan bubar DUN yang dikemukakan oleh PR adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua ADUN, mencabar kami ADUN PR untuk meletakkan jawatan hanyalah kenyataan orang yang ketakutan dan sayangkan kerusi sendiri. Sebenarnya sekiranya Barisan Nasional berani mencabar PR bermakna Zambry juga mestilah berani untuk tampil sebagai jaguh untuk sedia menerima saranan banyak pihak termasuklah dari pimpinan BN sendiri supaya membubarkan DUN Perak. Sekiranya DUN Perak dibubarkan barulah jantan namanya dan semua pihak akan diuji adakah diterima atau ditolak oleh rakyat. Kenyataan Zambry juga menampakkan BN terus berdegil untuk mempertahankan kuasa ‘haram’ yang dirampas sejak 6 Februari 2009. Saya rasa ianya tidak mengejutkan kerana itulah yang rakyat sedia maklum.”
- ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah
Kita minta dibubarkan DUN bukan nak kejar kuasa sebaliknya mahu ia dikembalikan mandat itu kepada rakyat, itu yang lebih penting. Bukan kita saja-saja nak bubar DUN, dan kita pun tidak tahu, sama ada kita akan diberi mandat atau tidak, itu bergantung kepada pilihan rakyat. Kalau dilihat pada pilihan raya umum 2008 lalu, sokongan rakyat kepada PR adalah 52 peratus manakala BN hanya 48 peratus. Lagipun, cara peralihan kuasa juga tidak betul. Kita perlu ingat peralihan kuasa mesti berlandaskan kepada pilihan majoriti rakyat bukan dirampas begitu sahaja. Ini bermakna tindakan Zambry mencabar Datuk Seri Nizar dan 27 ADUN PR kosongkan kerusi adalah tidak relevan kerana ia sudah lari dari maksud sebenar. Tapi, mungkin juga mereka ingat kami ini mahukan kuasa walhal tidak sama sekali, sebabnya kami hanya mahu betulkan keadaan. Kalau kita tidak buat sesuatu mulai sekarang, anak cucu kita akan bertanya kemudian hari kenapa, pemimpin yang ada sekarang tidak bertindak. Sekali lagi, saya mahu tegaskan, kami bukan gila kuasa tetapi mahu ianya kembali kepada rakyat. Kalau keputusan Menteri Besar berpihak pada Zambry sekalipun, ia tidak bermakna masalah ini selesai kerana ia sebenarnya tidak perlu diselesaikan di Mahkamah. Hanya rakyat saja tentukan, barulah demokrasi.”
- ADUN Kuala Kurau, Abd Yunus Jamhari
Kami pemimpin PR hanya minta kuasa memilih dikembalikan kepada rakyat sahaja, itu yang penting. Beri kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Saya melihat tindakan Zambry ini takut pada bayang-bayang sendiri, takut hilang kedudukan yang beliau nikmati sekarang. Seharusnya beliau perlu ingat dan sedar bahawa imej negeri Perak sudah terjejas dan pelabur-pelabur juga takut mahu melabur di negeri ini kerana kemelut berkenaan. Jadi, marilah kita sama-sama berganding bahu bubarkan DUN untuk kembalikan pada rakyat serta pulihkan kembali reputasi dan imej negeri Perak. Sebagai ahli politik, kita perlu berfikiran lebih waras, bukan meletakkan kepentingan peribadi diutamakan, sebaliknya perlu berbalik pada pokok pangkalnya iaitu kepada rakyat. Bila dibubarkan, terpulang pada rakyat untuk memilih sama ada PR mahupun BN, kita akan terima seadanya. Ini juga ke arah untuk mengukuhkan Kerajaan Negeri dan menarik pelabur-pelabur ke negeri ini, yang akhirnya memberi pulangan kepada negeri dan juga rakyat. Kemelut ini tidak akan berkesudahan jika tidak diselesaikan melalui pilihan raya.”
- ADUN Buntong, A Sivasubramaniam
Cadangan Dr Zambry langsung tidak masuk akal, kalau sekadar 28 DUN yang kosongkan kerusi, ia tidak memberi impak kepada negeri Perak. Kita mahu kesemua 59 DUN dibubarkan, adakah pilihan raya baru. Kembalikan kepada rakyat untuk pilih kerajaan. Niat kami adalah untuk bagi peluang kepada rakyat bukannya mahukan kuasa. Mereka (Zambry dan BN) perlu faham akan hakikat ini dan tindakan Zambry itu adalah tidak masuk akal, malah tidak memberi kesan pun kepada negeri dan rakyat Perak. Hanya satu jalan sahaja ADUN PR dan BN kosongkan kerusi, itu sahaja penyelesaian kemelut berkenaan. Saya memohon kepada Zambry supaya jangan cuba mengaburi mata rakyat dengan pelbagai kenyataan konon-kononnya kami gila kuasa. Kalau betul-betul beliau seorang pemain politik profesional, bubar sahaja DUN, kita tengok pilihan rakyat.”
- ADUN Teja, Chang Lih Kang
Kalau kosongkan kerusi bermakna kami letak jawatan dan tidak boleh lagi bertanding dalam tempoh lima tahun. Kalau 28 ADUN PR bersedia untuk bubar DUN kenapa 31 ADUN BN termasuk Bebas tidak bertindak sedemikian, sepatutnya mereka lebih bersedia jika benar rakyat menyokong mereka. Kita perlu serahkan kepada rakyat, tetapi berdasarkan tindak-tanduk Zambry ini, beliau dan pemimpin BN tidak berani untuk berbuat demikian. Kita PR sudah bersedia untuk menerima segala risiko demi menegakkan demokrasi. Soal politik perlu diketepikan, rakyat juga majoriti mahukan pilihan raya. Kalau berpihak kepada Nizar, kita akan menghadap Tuanku untuk minta perkenan bubar DUN tetapi jika berpihak kepada Zambry seharusnya beliau perlu juga bertindak sedemikian. Beliau dilihat tidak ada keyakinan sendiri malah takut untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang mungkin tidak menyebelahi mereka. Kita sendiri pun, tidak pasti menang atau tidak, malah kami tidak kisah pun, apa yang penting kuasa rakyat dikembalikan.”
- ADUN Hutan Melintang, S Kesavan
Ini semua permainan politik Zambry, sengaja mahu memenuhi ruang berita. Hanya bubar DUN sahaja untuk meleraikan kemelut politik negeri. Kalau setakat cabar mencabar ini sudah tidak ada kesan langsung, sebaliknya ia masih pada takuk yang lama. Kalau betul-betul, beliau dan ADUN BN berani, kita bertanding dalam pilihan raya umum, kita tengoklah siapa yang menang. Kalau PR yang menang, kita akan terus bubarkan DUN, kalau BN memang, kami harap pun begitulah. Mereka perlu sedar kuasa yang mereka miliki sekarang ini tidak sah atau dalam istilahnya haram kerana tidak mendapat mandat rakyat.”
- ADUN Changkat Jong, Anuar Sudin
Untuk makluman Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kami tidak bangang dan tidak bodoh untuk mengosongkan 28 kerusi DUN kerana jika kami berbuat demikian, ini bermakna kami sudah tidak dapat bertanding semula. Kami memang tidak ada masalah untuk bubar 28 DUN dan memang kami sudah bersedia cuma kami mahu ianya turut dilaksanakan juga oleh BN. Barulah adil dan benar-benar menegakkan demokrasi. Kalau setakat kami yang bubar, tidak memberi kesan apa-apa pun, sebaliknya rakyat yang terus menjadi sasaran.”
- ADUN Selinsing, Husin Din
Saya menyahut cabaran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya 28 ADUN Pakatan Rakyat meletak jawatan sedangkan tuntutan PR adalah supaya Dewan Negeri dibubarkan agar hak rakyat untuk memilih kerajaan dihidupkan semula. Cabaran Zambry tidak bererti kerana beliau tidak berani menghadapi rakyat dan Pakatan tidak rela membazir masa melayan omong kosong beliau. Sebelum ini, Zambry ada menguar-uarkan BN akan menang 34 kerusi sebagaimana didakwa seandainya Dewan dibubar, mengapa beliau tidak rela buat demikian, ini terbukti beliau adalah seorang yang cakap tidak serupa bikin. Zambry sebagai pemimpin tetapi suka cabar-mencabar, sedangkan rakyat Perak sedang hidup merana akibat rampasan kuasa. Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), bukan sahaja gagal menarik pelaburan asing, malahan Negeri Perak telah merosot menjadi negeri ketiga termiskin dalam negara selepas Sabah dan Terengganu. Ini adalah akibat dari politik perkauman yang sentiasa diapi-apikan oleh UMNO serta konco-konconya. Keangkuhan Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir menunjukkan beliau adalah seorang yang gila kuasa dan amat pentingkan kerusi Menteri Besar. Adalah jelas beliau tidak akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan Dewan Negeri kerana begitu taksub terhadap kedudukan Menteri Besar yang riwayatnya bergantung kepada tiga orang ‘pengkhianat’ rakyat demi kepentingan peribadi.”
- ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming shTindakan Datuk Seri Dr Zambry ini dilihat betapa ceteknya pemikiran beliau dalam isu keadilan dan demokrasi. Kenapa beliau bertindak sedemikian umpama ‘seorang suami membenarkan isterinya diperkosa oleh orang lain’ tapi beliau masih tidak bertindak sewajarnya, sebaliknya hanya melihat dan menggalakkannya. Saya tidak tahu kenapa beliau sanggup berpendirian sebegini, menghancurkan hak serta kepentingan rakyat. Adakah beliau sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat dan adakah pula beliau sanggup pula dikhianati rakyat. Kalau beginilah sikap Zambry, bermakna seluruh rakyat Perak akan terus menderita angkar pemimpin yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan atau rasa tanggungjawab. Beliau sanggup mempertahankan kuasanya daripada memberi mandat kepada rakyat. Sewajarnya sikap orang sebegini perlu ditolak oleh rakyat.”

Ehsan: Batu vs kayu
1 comment:
zambry dah xsiuman agaknya, otak dah biul sbb bnyk sangat bala yg menimpanya akibat doa rakyat perak selama ini..
ada ke patut suruh semua wkil rakyat PR yg xbersalah meletak jwtn..patutnya dia dan kuncu-kuncunya yg letak jwtn krana mengambil alih perak degam rampasan mcm lanun..
kalau berani bubar saja dun perak habis cerita biar rakyat yg menentukanya. ini tidak suruh orang yg xbersalah letak jwtn, jdi dia yg betul di mata rakyat..
rakyat dapat menilai siapa yg bersalah dan tidak bersalah, krn rakyat perak sendiri menyaksikan bagaimana rampasan ala lanun najib merampas perak..rakyat tidak bodoh.. sbb itulah zambry xberani bubar dun krn dia thu rakyat akan mengundi PR pilihan raya sekali lagi..mampuslah puak umno di perak, rasa2 xde kturunan umno di perak..
zambry dan kuncu2nya sudah kecut perut sebenarnya, dia thu apa yg dilakukanya rakyat tidak suka, sbb itulah dia pusing knyataan sana sini untuk mengelirukan rakyat supaya rakyat lihat dia xbersalah.. akan tetapi rakyat ini sudah muak dengan permainan zambry yg tiada jln penghujungnya. cuma kelirukan rakyat yg dia tahu..
dalam permainan politik di perak ini, selagi zambry menteri besar selagi itulah adanya 2 kerajaan di perak satu yg haram milik zambry dan kuncu2nya dan satu lagi yg sah milik Pakatan Rakyat..jika ada 2 krjaan pastinya rakyat yg merana, krn rakyat tidak thu dgn siapa dia patut berurusan. itulah sebab rakyat mahu zambry bubar dun bru selesai, biar rakyat yg pilih..
Apapun kita semua tidak kira rakyat perak atau rakyat diluar perak sama2lah berdoa kpd Allah, supaya Allah tunjukkan keadilan di perak siapa menteri besar yg sah pada 9hb ini..
Post a Comment