KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.
Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.
Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.
Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.
Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.
“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.
“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.
Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.
Harakahdaily
1 comment:
Salam Ayid,
Pak Sheikh datang ni. Terima kasih kerana ziarah blog Pak Sheikh dan cukup terharu dengan catatan Ayid dalam Shout box pak Sheikh. Terima kasih sekali lagi ya akhi.
Pak Sheikh pun sering ke sini.
N3 baru Ayid, bagus sekali. Bangang dan bebal itulah lebel yang layak diberikan kepada Dr Zamry. Dia punya Ph.D dalam bidang sains Politik dari Varsity luar negara, tetapi sengaja membebalkan diri sehingga kelihatan bangang dengan peraturan yang ada.
Berdasarkan pemerhatian Pak Sheikh, dia seorang pemimpin yang kurang berkarisma dan berwibawa berbandingkan dengan sahabat kita Saudara Ir Nizar. Dia selayaknya hanya menjadi ketua cawangan UMNO sahaja. Tapi Najib mahukan dia menjadi Menteri Besar haramjadah kat Perak.
Kalau dia cukup kejantanannya, dia patut mengadap Ketua Agama dan adat Istiadat untuk membubarkan DUN Perak supaya rakyat membuat pilihan. Sayang dia kurang jantan.
Maka jadilah dia seorang ahli politik yang opportunis dan mungkin memang itu ciri dan karektor beliau sejak dilahirkan. Allah saja yang Maha Mengetahui.
Ok jumpa lagi Ayid. Panjang umur jumpa lagi. Takbir!!!
Post a Comment