Saturday, February 6, 2010

PAKATAN ANGGAP KARTUN BN HINA PEMIMPINNYA TAK LUCU

Barisan Nasional didakwa terus menggunakan taktik jahat memperlekehkan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan risalah yang menyiarkan kartun-kartun yang menghina pemimpin pembangkang di Perak.

Menurut setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (kiri, tanpa ketayap), selain dirinya, menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan speaker V Sivakumar juga diburuk-burukkan.

Kartun-kartun itu dicetak dalam risah yang mengandungi enam muka surat dan diedarkan di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Melayu.

Antaranya, memaparkan Nizar sebagai boneka DAP dan penyokong kuat masyarakat Cina.

Terdapat juga sekeping gambar kemalangan membabitkan Nizar, di mana kereta Toyota Camry yang digunakannya terbabas setelah berlanggar dengan kereta lain.

Nga berkata penerangan gambar itu berbunyi, “Inilah apa yang berlaku ke atas ahli politik yang tidak menggunakan kereta rasmi Proton”.



Sumber

2 comments:

Anonymous said...

Aku Zharfan.

Kalau pakai kereta perdana, sudah pasti MB kita tersayang, Hj Nizar terbunuh.

Apa jadi kat Bukit Tagar, Selangor

"Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi ini"

Beliau memandu Proton Perdana dan hancur berkecai, Beliau maut. Kereta tu ada kat balai polis Bukit Sentosa.

Kau jangan salahkan pelanggan tentang masalah kereta. Sepatutnya Proton kena recall pasal gearbox kereta tu macam sampah dan perbaiki kerosakkan dan mengakui kerosakkan gearbox, Macam Toyota kena recall pasal brek rosak serta mengakui kerosakkan. Sebab itu ramai menyampah dengan Proton sebab Proton sombong sangat tentang aduan pengguna.

Memandangkan aku pernah memandu Proton, everytime aku pergi service centre di Glenmarie, bukan main hidung tinggi pekerja mereka serta maki hamun jika kita complain.

Memandangkan Proton terlalu bongkak dan nafikan kerosakan, maka tak ada pilihan mencari kereta lebih ekonomikal walaupun kereta import. Sampai sekarang Proton cukup takut nak bersaing dengan Perodua tentang penjualan kereta dimana Perodua lebih mesra pelanggan serta tak takut kritikan. Seperti kes Jeremy Clarkson kereta Kelisa, Perodua diam sahaja manakala ahli politik tempatan cukup bising. Perodua tahu itulah titik ruang membaiki kelemahan Perodua.

Unknown said...

Zamri pun tak guna kereta Proton juga,Najib dan menteri kabinet sendiripun tak guna kereta proton juga.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak