Saturday, June 12, 2010

Taman perumahan atas tapak kubur di N.Sembilan

Oleh: amkns

"Berita baik. Sesiapa yang ingin membeli taman perumahan atas tapak perkuburan orang Islam bolehlah beli di Negeri Sembilan. Mudah-mudahan mereka yang membeli rumah di kawasan ini akan sentiasa mengingati mati dan sentiasa beramal untuk bekalan sesusah mati.

Beberapa persoalan timbul :

1. Pernah tak kita dengar orang pindah kubur Cina atau kubur Kristian untuk tujuan pembangunan ?

2. Mana maruah dan harga diri orang Islam di Negeri Sembilan ?

3. Kata kubur ini tiada waris yang hidup lagi. Jadi pemaju ni beli tanah kubur ini daripada siapa ? Hantu atau roh atau manusia ? Atau percuma ?

4. Berapa pemaju bayar untuk beli tanah kubur ini ?

5. Boleh tak JHEAINS dan MDJ letak papan tanda ini bekas tapak perkuburan Islam supaya menggalakkan lagi orang Islam beli rumah di sini ?

********************************

JHEAINS dan MDJ alihkan kubur lama

Utusan Malaysia 10 Jun 2010

Kerja menggali kubur dilakukan oleh kontraktor yang dipantau JHEAINS di kawasan perkuburan lama belakang Istana Raja Muda Serting, baru-baru ini.

---------------------------------------------------------------------

JEMPOL 9 Jun - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Daerah Jempol (MDJ) telah mengalihkan 27 kubur lama di kawasan belakang Istana Raja Muda Serting ke Tanah Perkuburan Islam Taman Tunku Puan Chik bagi membolehkan projek perumahan dibina baru-baru ini. Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, kerja-kerja pengalihan kubur itu dipersetujui oleh pihak jabatan dan agensi-agensi lain melalui perbincangan dengan semua pihak.

''Proses berkenaan memakan masa dua hari berikutan hujan lebat dan ia dilakukan dengan tertib dan teratur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, tanah di kawasan perkuburan itu telah dibeli oleh pemaju untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan mereka meminta kubur di kawasan itu dialihkan.

Beliau berkata, pihak pemaju telah bersetuju melantik kontraktor bumiputera dan menanggung semua kos untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan kubur berkenaan. "Kubur ini sudah tidak mempunyai waris yang masih hidup. Dianggarkan kubur ini berusia lebih 100 tahun dan tidak mempunyai sebarang ukiran tanda nama lagi.

''Pada jangkaan kami, kubur ini mungkin milik pekerja-pekerja istana, hulubalang dan dayang Istana Raja Muda Serting. Setelah dialihkan ke tempat baru, bacaan tahlil turut dibuat," katanya

Pemindahan kubur itu kali pertama dibuat secara besar-besaran di kawasan Jempol dan turut disertai beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, JHEAINS, Datuk-Datuk Adat serta penduduk Kampung Bukit Laka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm


Tranungkite

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak