Wednesday, June 9, 2010

Pembinaan Kilang Coca Cola Terbesar, Umno BN Hipokrit & Khianat


Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai bersikap hipokrit dalam menangani isu kezaliman Israel Zionis apabila terus membenarkan syarikat Coca Cola membina kilang baru di Nilai, Negeri Sembilan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Badrul Hisham Shaharin menganggap ia jelas mencabar sensitiviti masyarakat Islam dan pencinta keamanan yang berang dengan kezaliman Israel Zionis.

Pada 15 Mac lalu, satu upacara pecah tanah yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pembinaan kilang Coca Cola yang terbesar di rantau ini,

Kepada TV Selangor, Badrul Hisham menganggap pembinaan kilang Coca Cola ini sebagai pengkhinatan besar kepada pengorbanan rakyat Palestin.

“Mahathir di anjung Masjid Negara melaungkan antara barang yang harus diboikot secara jelas ialah Coca Cola kerana daripada latar syarikat ia antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Israel.

"Hakikatnya ialah Malaysia secara hipokrit terus bekerjasama dan hari ini, di dalam bumi Negeri Sembilan, Coca Cola sedang membina kilang yang menjadi kilang terbesar di rantau ini, tak malukah kita?”

Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin, Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor ketika dihubungi oleh TV Selangor pula mendesak agar pembinaan kilang Coca Cola dihenti segera.

“Seperti yang kita tahu dan terbukti Coca Cola satu syarikat yang menyokong ekonomi Israel sejak sekian lama, sudah 30 tahun Coca Cola menyokong, malah berikan anugerah khas daripada kerajaan Israel.

Selain faktor Coca Cola berkait rapat dengan elemen Zionis, beliau percaya banyak faktor lain yang bersifat negatif, perlu dipertimbang.

“Dari segi maknanya, jangka panjangnya pada pandangan saya ia akan merugikan. Apatah lagi, kalau kita lihat pengalaman negara lain seperti India memang menghadapi masalah kerana syarikat pelaburan dalam syarikat minuman ini.

"Ia mendatangkan krisis, antaranya krisis air, alam sekitar dan kita tahu Coca Cola ini juga dibuktikan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan,jadi dari jangkamasa panjangnya ia akan merugikan negara dan rakyat,” katanya.

TVSelangor

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak