Friday, June 11, 2010

Program Tazkirah bersama Anwar: Pemimpin PKR terima surat ugutan

"TAHNIAH TUAN HJ RASHID BAKAL MP BAYAN BARU, SEMALAM TUAN BAWA ANWAR IBRAHIM MASUK MASJID KAMI. PUAS KE? KALAU TAHI MASUK RUMAH JANGAN MARAH YE? JAGA JUBUQ! KAMU KURANG AJAR/KAMU PERLU DIAJAR. TUNGGU!! MASANYA....."

Demikianlah kandungan surat ugutan yang diterima oleh Ketua Penerangan PKR Bayan Baru, Pulau Pinang, Tuan Hj Rashid (bulatan kuning), sehari selepas program Tazkirah bersama Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen di Masjid Bayan Baru pada 6 Jun 2010.

Menurut satu kenyataan dari PKR, Tuan Hj Rashid akan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tengah, Bayan Baru pada 2.30 petang, selepas solat Jumaat hari ini.

Sim: Masjid didominasi UMNO

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin ketika dihubungi MerdekaReview berkata, Masjid Bayan Baru adalah masjid yang utama di situ. Rashid yang bergiat aktif dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini, kini menyandang jawatan Ketua Penerangan PKR cabang Bayan Baru. Rashid juga seorang ahli jawatankuasa masjid tersebut.

Sebagaimana yang difahami Sim Tze Tzin, jawatankuasa masjid tersebut didominasi UMNO, maka berlaku keadaan di mana mereka dari Pakatan Rakyat dipinggirkan. Sim Tze Tzin berkata, agak sukar untuk pemimpin PR bersyarah di masjid tersebut, dan program Tazkirah kali ini merupakan kali kedua Anwar Ibrahim masuk ke masjid tersebut selepas 8 Mac 2008.

Beliau menjelaskan, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar dan pemimpin politik lain bukanlah "ceramah politik", tetapi ceramah sejarah tamadun Islam. Sim Tze Tzin (gambar kiri) menambah, "Masjid bukan tempat pergelutan politik. Kami berharap agar ahli jawatan kuasa masjid bersikap terbuka, membenarkan mereka yang berbeza pandangan dalam politik untuk bersyarah di masjid, dan bukannya menghalang pemimpin PR."

Memandangkan kes ini adalah serius, Sim Tze Tzin menyeru agar pihak polis menyiasat dan mengenalpasti sama ada ugutan ini berkaitan dengan unsur politik.

MerdekaReview

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak