Sunday, June 6, 2010

GMJ: RM525 juta ‘gula’ Vincent Tan halalkan judi sukan

“Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka lebih memerlukan,” katanya dengan menyindir.




KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyifatkan kenyataan jutawan Tan Sri Vincent Tan semalam bahawa beliau akan menderamakan RM525 juta hasil jualan Ascots Sport untuk tujuan kebajikan sebagai “gula-gula mahu menghalalkan judi sukan.”

Di sebalik komitmen Tan itu, GMJ bertekad akan berkempen seluruh negara membantah pengeluaran lesen judi sukan sehingga ia ditarik balik oleh kerajaan pusat.

“Tan Sri Vincent Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

“Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran kelulusan lesen judi sukan ini,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Petang semalam, GMJ melancarkan kempen memprotes kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan.

Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat berkata, Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan.

“Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka lebih memerlukan,” katanya dengan menyindir.

Semalam, Tan merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

Tan juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

Kata Suhaizan, Pengerusi Kumpulan Berjaya itu juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini.

“Jika rakyat Malaysia hanya memikirkan keuntungan semata-mata sudah tentu akan terpukau dengan wang derma seumpama ini.

“Tan Sri Vincent Tan jangan mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini. Sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat.

“Rakyat akan merasa malas bekerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah,” katanya.

Soal beliau, “apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?”

Justeru beliau meminta tokoh perniagaan ini jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan guka-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan.

“Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti Tan Sri Vincent Tan.

“Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia,” katanya lagi

Malaysian insider

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak