Friday, May 14, 2010

Zul! kalau hang rasa ramai pengikut, letak jawatan, bertanding semula


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Gambar) mencabar wakil rakyat Bebas, Zulkifli Noordin agar meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi Kulim-Bandar Baharu jika merasakan mempunyai pengaruh yang besar.

Menurut Azizan, orang ramai sudah tidak lagi menyokong Zulkifli, yang sudah tidak lagi kredibel di Kedah.

“Jika dia berani, dia harus meletakkan jawatan,” katanya dipetik media.

Ini berhubung amaran Zulkifli tentang kemungkinan terjadinya episod 'Perak Kedua'.

“Jika ahli-ahli PKR berfikir macam Zulkifli, maka bukan sahaja beberapa yang akan keluar parti.

"Dia tidak boleh mengisytiharkan bahawa beberapa orang akan lompat parti macam dia kerana kami mempunyai hubungan baik dalam Pakatan,” katanya lagi.

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) buat masa sekarang.

Ini telah dinyatakan oleh Azizan sekaligus mengenepikan amaran Zulkifli.

Beliau turut mengesahkan tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti, seperti yang dilaporkan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri mengakui sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kekal bersama ikatan itu, sekali gus mengelakkan nasib yang menimpa Perak awal tahun lalu apabila tiga wakilnya keluar parti.

Daripada 36 kerusi di DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 20 kerusi dengan PAS memiliki 16, PKR tiga dan DAP satu manakala BN pula 14 dan dua lagi merupakan wakil rakyat Bebas yang pro-BN.

Bulan lalu, Azizan ada memberitahu bahawa beliau akan memohon pembubaran DUN jika ada lagi yang memutuskan untuk keluar parti. -AK

kredit: EraPakatan

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak