DAP harap tembusi kawalan sosial di rumah panjang
PRK Sibu menyaksikan betapa pentingnya "peranan" orang asli dalam menentukan kesudahannya, selepas PRK Batang Ai, Sarawak. Selain meminjam jentera rakan parti ketika berkempen, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sendiri turun ke padang Sibu, untuk melonjakkan undi kedua-dua komuniti Cina dan orang asli.
Namun, halangan yang melintang di depan DAP dan Pakatan Rakyat adalah, kawalan sosial yang bukan sahaja memagari rumah panjang, malah seluruh negeri Sarawak. Sebelum hari penamaan calon PRK Sibu, Special Branch (SB) telah kelihatan di seluruh pelusuk Sibu. Malah, wartawan media asing diekori oleh SB, setelah melangkah keluar dari lapangan terbang.
Diekori SB: Amalan biasa
Pada 9 Mei, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang menyusuri Sungai Igan untuk melawat ke dua perkampungan orang Melanau dan sebuah rumah panjang Iban. Pada ketika penduduk kampung melambai tangan mengucapkan selamat tinggal kepada Lim Guan Eng, SB yang menyusul lantas menangkap gambar penduduk dengan kamera. Penduduk yang ketakutan terus memaling dan meninggalkan tebing sungai.
Pengarah kempen PKR Sarawak, Nicholas Bawin berkata, "Ini cara mereka. Mereka akan mengambil gambar di rumah panjang, kemudian tunjukkan kepada Taib Mahmud atau Najib, melaporkan bahawa rumah panjang ini tidak menyokong BN tetapi menyokong PR. Tuah rumah panjang (ketua) menjadi tertekan."
Sememangnya, logo roket paling banyak kelihatan di rumah panjang kali ini, sekiranya dibandingkan dengan mana-mana pilihan raya yang berlangsung pada setengah abad yang lalu. Anda mungkin mendapati logo dacing dan roket menjelma berselang di perkampungan yang mempunyai beberapa dermaga. Poster DAP tertampal di rumah, dan bendera DAP berkibaran antara rimbunan belukar.
Namun demikian, suasana ketakutan terus menyelubungi Sibu. Misalnya, Rumah Rassau yang mempunyai 58 orang ahli DAP juga menyimpan bendera DAP sebaik sahaja Lim Guan Eng meninggalkan kawasan itu. Ketika ditanya wartawan, Lim Guan Eng yang sempat melihat apa yang berlaku hanya berkata, "Macam ni lah, apa boleh buat? Sekurang-kurangnya saya dibenarkan masuk (ke Rumah Rassau)."Baca Lagi
No comments:
Post a Comment