Friday, May 14, 2010

TERJEMAHAN KHABAR CINA (OLEH ZAINAL ABIDIN NOR) SELAMATKAN SIBU

Najib berkata Barisan Nasional (BN) adalah "kawan sebenar" yang boleh diharapkan oleh ahli-ahli akademik Cina. Beliau menambah, "saya merayu, saya tolong kamu, kamu perlu tolong saya."




SibuSwan Oleh Kim Quek(Terjemahan Oleh: Zainal Abidin Nor)

Tajuk utama akhbar berbahasa Cina bertarikh 13 Mei 2010 melaporkan kempen-kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu seperti

berikut:

  • "RM10 juta untuk sekolah-sekolah rendah Cina"
  • "RM5 juta untuk sekolah-sekolah menengah swasta Cina"
  • "RM5 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh Kristian"

Akhbar itu juga melaporkan dalam satu majlis yang meriah, di mana Perdana Menteri Najib Razak menyampaikan cek-cek tersebut keapda wakil-wakil sekolah-sekolah tersebut.

Najib berkata Barisan Nasional (BN) adalah "kawan sebenar" yang boleh diharapkan oleh ahli-ahli akademik Cina. Beliau menambah, "saya merayu, saya tolong kamu, kamu perlu tolong saya."

"Kamu tidak perlu berbelanja apa-apa untuk mendapatkan apa yang kamu mahu. Kami akan buat apa yang perlu kami lakukan untuk memberi kepada kamu apa yang kamu mahu. Dan kamu tahu apa yang saya mahu," jelas beliau.

Ketika mengharungi detik-detik manis sekali seumur hidup rentetan mendapat durian runtuh berupa bantuan wang tunai untuk Sekolah-sekolah Cina dan Mubaligh Kristian, masyarakat tempatan perlu merenung sejenak untuk memikirkan soalan-soalan ini:

  • Jika tidak ada pilihan raya kecil, adakah sekolah-sekolah ini akan
    menerima bantuan wang tunai seperti di atas?
  • Adakah anda tahu dengan sekilas lalu apa yang Najib mahu sebagai
    pertukaran dari pemberian ini?
  • Adakah jelas kepada anda bahawa apa yang diminta oleh Najib ialah
    undi anda apabila beliau memberi wang cek itu?

Selepas merenung sejenak berkaitan peristiwa-peristiwa di atas, agar tidak sukar bagi orang biasa untuk menyimpulkan perkara- perkara berikut:

  • Najib cuba memancing undi anda dengan pemberian wang itu.
  • Wang itu bukan milik Najib atau BN, tetapi wang rakyat Malaysia.
        • Pemberian wang secara tiba-tiba ini mempunyai niat yang tidak baik,
          menyogok bagi mendapatkan undi adalah satu bentuk salah guna kuasa disamping satu perbuatan rasuah.

Sekarang ini, apa yang sepatutnya kita lakukan dengan Perdana Menteri ini, yang baru saja terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa?

SPR, polis boleh ambil tindakan terhadap Najib

Kita boleh melaporkan kesalahan ini kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap beliau.

Atau kita boleh mengambil tindakan undang-undang seperti pemimpin Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim lakukan mengenai kesalahan yang sama pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Pilihan pertama nampaknya tidak memberi apa-apa kesan kerana SPR dan polis sering bersikap pekak dan buta terhadap kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh para pemimpin BN.

Pilihan kedua juga tidak memberi apa-apa kesan kepada Najib dan konco-konconya, kalau tidak tak kan Najib sanggup melakukan kesalahan yang sama secara terang-terangan.

Nasib baik, kita ada pilihan ketiga, yang paling berkuasa dan paling berkesan, iaitu dengan menggunakan kuasa mengundi terhadap mereka yang cuba merasuah kamu.

Masyarakat Cina di Hulu Selangor telah memberi mereka pengajaran. Najib menawarkan untuk memberi wang tunai RM3 juta kepada Sekoleh Rendah Kebangsaan (Cina) Rasah dengan syarat mereka mengundi BN.

Meskipun ditawarkan dengan imbuhan yang menarik, lebih 80% masyarakat Cina di Rasa mengundi menentang BN. Mereka sanggup menolak pemberian wang tunai itu dari menggadai prinsip mereka.

Prinsip hidup mereka: undi bukan untuk dijual. Lebih baik mengorbankan faedah jangka pendek dari menghancurkan matlamat jangka panjang untuk membentuk kerajaan yang baru menggantikan kerajaan yang reput, seperti mana perangai Najib.

Memberi kemenangan di Sibu kepada BN sama seperti menyokong prinsip yang kotor, menerima amalan tidak bermoral dan tidak sah dengan menggunakan wang dan umpan lain untuk membeli undi. Amalan peringkat terakhir yang boleh membenamkan sistem demokrasi di negara ini.

Oleh yang demikian penduduk Sibu mempunyai peluang yang terbaik untuk menghentikan amalan yang karut ini dan menyelamatkan sistem demokrasi ini dari berkubur dengan keluar mengundi secara berhemah.

Maka persoalannya, bolehkah rakyat Sibu mengundi dengan berani dan berhemah seperti rakan-rakan mereka di Hulu Selangor?

Free malaysiatoday

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak