Friday, May 14, 2010

Nik Aziz: Haramkan politik suku agama suku




KOTA BARU, 14 Mei — Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) yang baru-baru ini menjadi perhatian ekoran isu larangan guna masjid untuk tujuan berpolitik berkata, pihak berkuasa perlu mengharamkan amalan politik suku agama suku yang dianggapknya “sudah sesat”.

“Arqam dulu diharam kerana dituduh sebagai ajaran salah,” kata Mursyidul Am PAS ini sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Justeru beliau bertegas, amalan politik suku agama suku juga merupakan satu ajaran sesat dan patut diharamkan sebagaimana tindakan mengharamkan kumpulan Al-Arqam 16 tahun yang lalu.

“Ajaran politik suku agama suku ini pun ajaran salah juga dan patut diharam,” kata Mentri Besar yang menerajui kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990.

Al-Arqam ditubuh sebagai Pertubuhan Gerakan Islam di Malaysia pada 1968 sebelum diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Pengasasnya Ashaari Muhammad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, semalam.

Melalui andaiannya yang tersendiri, Nik Aziz membuat telahan pengamal budaya politik suku agama suku tidak boleh diisytihar haram kerana ia adalah prinsip kerajaan pemerintah.

“Tak diisytihar haram sebab dia kerajaan.

“Orang seperti ini patut selam dalam kolah,” katanya.

Nik Aziz sebelum ini seringkali membidas parti Umno sebagai sebuah parti sekular yang menolak Islam kerana memisahkan agama dari politik.

Difahamkan kenyataan Nik Aziz itu adalah lanjutan penyelarannya terhadap parti Umno yang hanya tahu menghukum orang tanpa menyedari kesilapannya sendiri terutama dalam masalah politik suku agama suku.

Nik Aziz antara orang yang bekeras bahawa PAS tidak harus menyertai Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau berulang kali memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PAS dengan mengambil kira pengalaman di Kelantan hampir empat dekad lalu.

Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, Nik Aziz menjadi tumpuan kerana dikatakan melanggar perintah Sultan Selangor dengan mengatakan bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan berpolitik. - Malaysian Insider

1 comment:

Unknown said...

Memisahkan kehidupan dunia dengan agama benar-benar amalan tinggalan penjajah.

Sejarah membuktikan,penjajah Britain pernah membuat peraturan yang memberikan kuasa kepada raja-raja melayu hanya dlm bidang agama sedangkan urusan pentadbiran negara di letakkan dlm penguasaan mereka.

Umno pun buat perkara yang sama.memang sah Umno anak didik penjajah.sebab itu britain dengan senang hati memberikan kemerdekaan kepada UMNO.walaupun sudah 53 tahun Malaysia merdeka tapi masih lagi melaksanakan undang2 mengikut acuan britain

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak