Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.
Menurut akhbar ha
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.
Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.
Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.
BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.
Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Malaysiakini
2 comments:
syarikat tunggal....senang cite tu bukan lesen..itu kebenaran rasmi daripada kerajaan.. ahahahaa....sbb apa tunggal??? rasa2 nape??
sbb..nanti ada la dalam deal tu nanti..kerajaan akan dapat cutting daripada hasil judi BERJAYA tu.. ahaha
Astaghfirullah. Apa nak jadi ni?
Dah gila ke apa diorg ni.
Sapa2 yang undi tu, tanggunglah dosa berapa juta rakyat Malaysia yang berjudi sewaktu Piala Dunia nanti.
Post a Comment