Saturday, November 7, 2009

Dr. Aziz Bari Tidak Ada Data, Sekadar Pandangan Umum

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/07112009178.jpgKUALA LUMPUR ; Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, penubuhan PAS adalah memenuhi perintah Allah yg mewajibkan kesinambungan risalah Islam.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim yang turut menghadiri Seminar Memperkasakan PAS, berkata, Presiden PAS turut mengariskan empat perkara penting dalam meneruskan perjuangan.

”Yang pertama, ialah menegakkan risalah Islam yg menyeluruh yangg menjadi risalah para nabi, kedua; mewujudkan saf kumpulan Islam yg teguh serta mempunyai izzah dlm menghadapi musuh, ketiga; sedia berjihad secara faham dan bijak, dan yang keempat wala' kpd Allah, rasulnya dan kepimpinan Islam,”katanya dalam pesanan ringkas yang dihantar kepada Buletinonline.


Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan negeri berkata, Naib Presiden, yang juga ahli panel bagi sesi forum, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah menolak kritikan, bahkan, setiap kritikan akan diurus dengan baik.

Tuan Ibrahim menghurai lanjut dan berkata, berbeza pendapat bukan bermakna kita perlu mewujudkan jamaah dlm jamaah dan Seminar yang diadakan hari ini merupakan lambang keterbukaan PAS.

”Besarnya jiwa kita (PAS) kerana sedia menjemput orang yang mengkritik kita (Aziz Bari – yang datang sebagai ahli panel forum),”kata Dr. Azman mengulang kata-kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar setiap ahli dan pimpinan perlu menjauhi ruang-ruang yangg boleh menimbulkan fitnah dalam membuat kenyataan dan tindakan.

Mengulas berkaitan ahli panel kedua Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Dr Azman berkata, beliau seolah-olahnya lebih kepada memandang mudah kepada persoalan yang dibangkitkan perwakilan.
”Jawapan banyak berbentuk 'anti thesis' dengan menafikan dia mempunyai agenda tertentu disebalik kenyataan yg disiarkan,

”Beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai data-data berhubung kenyataan yg dikeluarkan.

”Sekadar mengambil kira dari suatu pandangan umum yang menjadi bahan perbincangan umum,”jelas Dr. Azman

Menurut Dr Azman lagi, soalan-soalan perwakilan yang dikemukakan kepada Aziz Bari memang agak keras dan kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan perwakilan apabila beliau mengambil ringan dan memandang mudah sahaja.

”tidak mengambil kira sensitiviti, terutama berkaitan kritikan keras terhadap Presiden PAS,”tegasnya.

Namun, kata Dr. Azman, perwakilan menerima hakikat bahawa seminar yang diadakan hari ini 7 November, adalah untuk memperkasakan parti dan bukan membahas atau mencari kebenaran kenyataan akhbar ataupun membicara kesalahan-kesalahan Aziz Bari.

Kredit kepada(Sini)Buliten online

6 comments:

dILA said...

you want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don't you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don't want. and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING

mAlonG Sufina said...

mAklonG, sokong enta Ayid, musuh Islam itu berada dalam jema'ah Islam. Itu sudah ketentuan Allah S.W.T. puak-puak yang tak setuju dengan kita ni jahil tak mengaji

Ayid said...

Syukran maklong

Amri Mat Saaid said...

Allah Hu Akhbar

Sedapnya mulut engkau mak long mengata orang tak mengaji mak long, Allah Allah Ya Allah, tumpo le PAS kalau ramai orang PAS yg perasan macam ni

Briged Akhdor LR2 said...

semoga seminar ini dapat mncapai matlamat utk mmperkasakan pas ...ini lah ujian dari allah terhadap pejuang2 islam ..sejauh mana kekuatan pas bergantung pada jemaah ..fokus utk mnjatuhkan BN perlulah dipertingkatkan dan yg penting sejauh mana pas dapat mnrik org muda dan melayu utk terus bersama pas..

cicitHJHASSANu said...

salam tuan ayid....

semoga kita istiqamah dalam menentang kezaliman tersurat.

kita tetap bersama TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang...

belum terlambat untuk membetulkan kelemahan yang ada demi kebaikan Islam yang syumul,bukan untuk Pas semata-mata.

wallahua'lam.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak