IPOH – ”Pas adalah satu-satunya gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik) dengan menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah,” kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussein kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata, gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka ini, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia (Pas) mengikut kehendak kerajaan untuk memberikan lebih ruang bagi menggerakkan dakwah Islam di Malaysia.
Menurutnya, segala hasil daripada gerak kerja Islam yang dilakukan oleh Pas selama ini, rakyat dapat melihat dan mengenali ajaran Islam yang sebenar dianjurkan oleh Islam.
“Kini, rakyat semakin keliru melihat model Islam yang dianjurkan oleh UMNO dan hasil daripada itu telah menyebabkan rakyat semakin jauh dari memahami Islam yang sebenar.
“Hasil daripada dakwah yang dibuat oleh gerakan Islam PAS ini, kita dapat melihat bukan sahaja masyarakat Melayu dapat memahami kebaikan dan kehebatan Islam, malah masyarakat bukan Melayu bukan Islam juga dapat memahami Islam yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang pemerintahan PR selama 10 bulan, ADUN PR yang bukan Islam dapat memetik beberapa terjemahan ayat al-Quran bilamana ada di kalangan orang Islam yang belum pernah terfikir menggunakan ayat itu dalam kehidupan.
“Malah, ada di kalangan ADUN PR yang bukan Islam mampu membaca ayat al-Quran, bahkan semakin ramai kaum bukan Islam memahami ajaran Islam sebenar diterjemahkan dalam perjuangan Pas.
“Justeru, Pas melihat perkara ini sebagai peluang untuk melebarkan dakwah Islam, yang menjadi asas pergerakan Pas serta melihat perkembangan baik buat Islam serta kita juga tidak menghalang masyarakat bukan Islam mengenali Islam secara lebih dekat,” katanya
Ayid>>> Bila YB Nga baca ayat Quran, juak UMNO melompat kemarahan mengatakan DAP menghina Islam lah menghina Al Quran lah kepada yang bersuara tu, tanya diri kita berapa banyak ayat yang dah kita dapat hafalkan setakat mana pula penghayatan kita terhadap Islam, jika kita sendiri pun tak dapat nak menegakan Islam. Judi sana judi sini, arak sana arak sini, zina sana zina sini khalwat sana sini hari-hari kita di momoknan dengan perkara tersebut
Sumber (disini)
1 comment:
mana dapat artikel ini?
kalau boleh sila buat link pada artikel asal sekiranya ambil dari blog lain.Harap Maklum.
Post a Comment