KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun terdapat gesaan daripada beberapa pihak agar beliau berbuat demikian.
Katanya, sebagai pemimpin yang dipilih secara sah, beliau tidak akan sekali-kali meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk memimpin PAS.
"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.
"Saya tidak akan membuang baju amanah ini... insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini," katanya sewaktu berucap pada sesi penggulungan Seminar Memperkasakan Parti di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini semalam.
Tambah Abdul Hadi lagi, setiap pemimpin haruslah sentiasa bersikap profesional dan sedia menerima kritikan dengan hati terbuka walaupun teguran itu memedihkan.
"Kita ibarat orang-orang yang ada di medan (padang bola), yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas.
"Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.
"Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media selepas seminar itu berakhir, Abdul Hadi berkata sokongan yang diberikan oleh para perwakilan yang hadir dari seluruh negara menambahkan lagi keyakinannya untuk berkhidmat kepada parti.
"Kita akan terus memikul tanggungjawab yang sepenuhnya, hari ini kita mendapat kepercayaan daripada perwakilan yang datang dari seluruh negara, ini menambahkan lagi keyakinan," katanya.
Kredit kepada(Sini)
No comments:
Post a Comment