Sunday, November 1, 2009

BULAN MENGAMBANG JAM 10.30 MALAM TADI DI KUANTAN (LAMBANG PAS)


Sila klik untuk dibesarkan(klik)

Allah hu Akbar, Maha besar Allah telah menunjukan kepada kita rakyat malaysia bahawa Islam Pasti akan berdiri megah jika kita pejuang islam terus berjuang akan menegakan agama allah. Kita lihat gambar tersebut, kejadian ke Kuantan Pahang jam 10.30 malam tadi dimana bulan telah mengambang melambangkan lambang Parti Islam Semalaysia(PAS).

Sesuai dengan firman Allah:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.' (Al-Maaidah :8

13 comments:

mAlonG Sufina said...

Salam Ayid, ini adalah tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Supaya manusia di Malaysia ni berfikir bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang diredhai Allah dan juga tanda PAS suatu hari nanti akan memerintah tanah air kita ini, insya Allah, takbir !!!! Allahuakbar .... Allahuakbar .... Allahuakbar ....

Ayid said...

W.salam. Tak terungkap pakatan lain melainkan Allahuakbar. Moga allah berkati perjuangan kita

anakmuaallaf said...

Juak-juak b-end tak tengok ka malam tadi..clear lambang PAS..Depa nak marah PAS lagi ke..nak buang semua lambang bulan sepertimana Dr Zaharah..satu ketika dulu dia minta petronas kaji balik logo petronas tu..nak sama lambang PAS..
Malam tadi bulan ciptaan Allah nak digantikan juga ke..

Ayid said...

Terima kasih akak. Kita do.a kan semuga juak-juak UMNO ni cepat sedar jng dok lalok lagi. apakah ini petanda Najib akan berakhir, dimana bulan berlaku di Parliman Dia.

dizz said...

MasyaAllah... dlm kosmo online takde ke? dah cari tak jumpa, nampaknya kena pi beli kosmo yg paper punya mlm ni jugak, tu pun kalau kedai buka lagi.

tq for the info.

Ayid said...

Dizz. Terima kasih. Kosmo on line tak ada. Editor dah deleted la tu.Dia berlaku di Kuantan kawasan Parlimen PM... apa ini pertunjuk allah juak-juak UBN tak sedarlagi ke

Briged Akhdor LR2 said...

allahuakbar!....semoga parti islam semalaysia mendapat kekuatan dan keredhaan dari allah.......

Ayid said...

Briged Akhor LR2. Semalam kita berkumpul semalam juga kita di tunjukan kekuasan dia (allah) Tiada apa ungkan lain melainkan Tadbir....Allahuakbar.. Allahuabkbar

Farhan Rais said...

Salam

Subhanallah..Allahu akbar!!

Perjuangan kita di redhai Allah hendaknya..Amin

ibnu sidek said...

Salam Ayid,
Ana terlepas nak tengok malam tadi, tapi adalah tengok sebelum tu, dan ana ada bagitahu kepada rakan jemaah kat surau lepas isyak, tengoklah bulan yang mengambang tu.. cantik dan itulah kebesaran Allah dan disaut dengan takbir oleh rakan jemaah... itulah kebesaran Allah yang tidak dapat diterima oleh umno yang menyatakan najib lebih besar dan cap kepala agong(money) yang dikejarnya.

Ayid said...

Ibnu Sidek. Mungkin itu petanda Allah beri bahawa Islam pasti akan bangkit. Ayuh kita rapatkan saf. Teruskan perjuagan. Kita ikut slop dakwah Tok Guru, walupun kita tak dapat untuk ikut dawah Nabi Muhammad S.A.W sepenuhnya, jangan tinggalkan langsung. Perjuanagan kita misti diteruskan. Tadbir

Hok mu Hok aku said...

Kalau tak masuk dlm program tarbiyyah yg disarankan,tak guna jugak.Bilanya Islam nk bangkit..

Anonymous said...

kesian yer sesiapa kat dunia ni yg tak masuk PAS. macam lah org PAS jer yg solat di dunia ni kan!Bertaubat lah, jgn fanatik dlm berpolitik sehingga mempertikaikan agama parti politik lain......politik adalah politik. agama adalah agama

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak