Sunday, July 24, 2011

HARAKAH BANTU RINGANKAN BEBANAN KELUARGA TAHAN EO


Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa.

Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang Derhaka!!. (Annur:55)

Saya petik dari Harakahdaily


Akhbar rasmi PAS, Harakah, mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan RM1,000 seorang kepada 6 keluarga aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan oleh pihak polis di bawah Ordinan Darurat (EO) sejak 12 hari lalu.

Sunbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim yang mewakili 6 keluarga tahanan terbabit.

Menurut Ahmad Lutfi, sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga tahanan yang mengalami pelbagai kerumitan sejak mangsa ditahan oleh pihak polis.

"Wang sumbangan tersebut adalah dari Tabung Bantuan Mangsa ISA yang telah diujudkan oleh Harakah sejak 4 tahun lalu sumbangan ahli-ahli PAS," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Renungan Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian.

Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah).

Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Kebangkitan Gerakan Islam, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak