Saturday, April 2, 2011

BARU NAK TERASA SUSAH..? AMPU LA LAGI

Oleh Azman Anuar
azman.anuar@utusan.com.my


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim


HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu.

Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga murah. Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.’ Belanja dapur sahaja sudah melambung berkali-kali ganda.

Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat. Tinggal sebulan lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan.

Banyak dapat, banyaklah kena cukai. Ada yang mengeluh.

Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan keperluan harian pada harga murah.

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 sekilogram.

Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu.

Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga barang. Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka. Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi.

Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan.

Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu!

Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.



Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu. Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai pendapatan. Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja. Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja dikenakan.

Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah... - Utusan

Note: Hutang dah keliling pinggang baru pandai nak tegur kerajaan... bukan ke selama ni utusan hanya pandai mengampu kerajaan je.. yang kerajaan buat semuanya bagus.. Tak pernah ada satu berita pun ada kebaikkan yang Pakatan Rakyat buat.. Kalau pakatan rakyat semuanya buruk belaka.. Ni hidup dah rasa tertekan baru konon-konon nak tolong sedarkan kerajaan... sengal...!!!

Kredit: Bujang Susah

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak