Showing posts with label Fitnah III. Show all posts
Showing posts with label Fitnah III. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, Harussani Pun dah Tahu?

نبي محمد صلى الله عليه وسلم ڤرنه برسبدا: "تياڤ اورڠ يڠ دبريكن الله سبحان وتعالى علمو اڬام، لالاو دسمبوڽيكن مك الله سبحان وتعالى مڠنداليكن مولوتڽ ڤد هاري قيامة دڠن كندالي دري اڤي نراك" ﴿رواية الطبرانى دري ابن مسءاود رضي الله عنه

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider
.



KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Tuesday, March 29, 2011

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

Harakahdaily

Thursday, March 24, 2011

Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful


Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .


http://tvsnews.net/v1/news_images_

Wednesday, March 23, 2011

Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan

Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra".

Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh. Tidak! Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah.

Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka. Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor. Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh.

Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC. Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M.

Baca lagi -MerdekaReview

Monday, March 21, 2011

Banyak persoalan mengenai video seks

Untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira empat tahun, negara digemparkan dengan klip video seks yang didakwa membabitkan ahli politik terkemuka.

Kali ini, video tersebut didedahkan kepada pihak media di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur hari ini.

Manakala majoriti wartawan yang menonton video tersebut hampir pasti identiti ahli politik yang didakwa itu, namun masih banyak persoalan mengenainya.

Siapakah 'Datuk T'?

Orang yang menganjurkan tayangan video tersebut, hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' dan dia amat berhati-hati untuk mendedahkan lebih banyak lagi tentang dirinya.

Bagaimanapun, yang pasti ialah Datuk T telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut.

Malaysiakini

Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?




KUALA LUMPUR 21 MAC : Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.-Malaysiakini

http://tvsnews.net/v1/

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak