Showing posts with label APCO. Show all posts
Showing posts with label APCO. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Nik Aziz Ibarat Quran Buruk – Zam

Patut umno tak nak guna quran sebagai dasar parti dan dasar pelembagaan negara!! dia anggap quran bila buruk tak boleh pakai.



KUALA LUMPUR, 29 Mac – Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas diibaratkan seperti ‘Quran buruk’ kepada rakyat Kelantan yang sudah tidak boleh dibaca lagi tetapi tetap disimpan sebagai bahan yang tidak boleh dibuang, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zanuddin Maidin.

Jelasnya, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berasa malu terhadap pemimpin-pemimpin Melayu ekoran penayangan video aksi seks yang dikatakan pemimpin pembangkang sebenarnya adalah sesautu yang dianggap mengelirukan. Berita penuh baca (Sini)

Ayid:

Thursday, December 23, 2010

Isu doa khutbah Jumaat: Khatib saman NST, Utusan, Ketua UMNO Tasek Gelugor

Zakaria Ahmad, pendakwah bebas mengambil tindakan mahkamah untuk menyaman New Straits Times Press, Utusan Melayu (M) Berhad dan mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (YDP MAIPP), Shabudin Yahaya merangkap ADUN Permatang Berangan dan juga merupakan Ketua UMNO Tasek Gelugor, semalam.

Tindakan saman ini dilakukan kerana Zakaria Ahmad dikaitkan dengan bacaan doa khutbah Jumaat menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Ogos yang lalu oleh pihak tersebut.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar itu, Zakaria mendakwa fitnah telah dilemparkan kepada beliau dalam isu membabitkan doa khutbah Jumaat yang dibaca oleh beliau di Masjid Kubang Buaya dan Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

Zakaria juga mendakwa dalam akhbar Berita Mingguan keluaran 22 Ogos 2010 pada mukasurat 16 dalam ruangan Nasional di bawah tajuk 'Khatib terus doakan Guan Eng' adalah kenyataan fitnah dan tidak benar.

Katanya lagi, kenyataan berbaur fitnah juga turut dilemparkan kepada beliau melalui siaran dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos 2010 dengan perkataan "tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau serta etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain".

"Manakala bekas YDP MAIPP pula mengesahkan saya tidak mempunyai tauliah untuk membaca khutbah, sedangkan pada hakikatnya saya mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh MAIPP pada tahun 2003 lagi," jelasnya.

Zakaria Ahmad (gambar kanan) berkata, "Fitnah yang dilemparkan kepada saya ini adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan reputasi, kepercayaan dan mencalarkan imej saya sebagai seorang tokoh agama. Kebenaran adalah menjadi pegangan untuk saya terus memperjuangkannya dari diperlekehkan untuk kepentingan politik sesetengah pihak."

Sebelum ini, Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang telah membangkitkan isu ini apabila mendakwa wujudnya khatib yang membacakan doa dalam khutbah Jumaat dengan menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Rentetan itu, Pemuda UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan Polis di Balai Polis Butterworth, Tasek Gelugor dan juga Bayan Baru.

Manakala Zakaria turut dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Lebuh Pantai pada 24 Ogos yang lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh YDP MAIPP, Ellias Zakaria itu turut mendapat liputan luas media dan menjadi tumpuan seluruh negara apabila isu ini dipaparkan secara meluas melalui media elektronik dan media bercetak.

Zakaria Ahmad juga berkata, tindakan mahkamah yang diambil oleh beliau adalah bagi menegakkan keadilan agar masyarakat tidak lagi dengan mudah menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka untuk meraih sokongan.

"Kita tunggu apabila kes ini disebut di Mahkamah Tinggi nanti untuk mengetahui kebenaran fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya selama ini, " tegasnya lagi.

MerdekaReview

Saturday, December 18, 2010

Penggantungan tidak beri laluan kepada pindaan perlembagaan

Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa penggantungan empat orang ahli Dewan Rakyat-nya bakal memberi laluan kepada pindaan perlembagaan itu adalah salah, apabila tafsiran ahli akademik terhadap Perlembagaan Persekutuan menyimpulkan bahawa "dua pertiga" ini dirujuk kepada bilangan kerusi yang ada dalam dewan, bukannya kehadiran dalam dewan.

Menurut Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, pindaan perlembagaan tidak boleh diluluskan, melainkan mendapat tidak kurang daripada sokongan dua pertiga daripada bilangan ahli parlimen dalam dewan (votes of not less than two-thirds of the total number of members of that house). Justeru itu, walaupun empat orang ahli parlimen PR digantung, namun BN tetap tidak boleh meminda perlembagaan.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Profesor Madya Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Johan Shamsuddin Bin Hj Sabaruddin (gambar kiri) berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat. Tetapi, bilangan 2/3 yang dimaksudkan ini merujuk kepada bilangan ahli dewan rakyat yang sebenar, dan bukannya bilangan kehadiran dalam dewan.

Justeru itu, walaupun seramai empat orang ahli parlimen PR digantung selama enam bulan, namun kerusi PR tidak berkurang, begitu juga kerusi BN tidak bertambah di sebaliknya. Maka tidak timbul kebimbangan bahawa BN mungkin mengambil kesempatan untuk meminda perlembagaan.

Terdapat 222 kerusi dalam Dewan Rakyat. BN perlu menguasai 148 daripadanya untuk menguasai majoriti dua pertiga. Kini, BN mempunyai 137 kerusi, PR 76, PSM 1, SAPP 2 dan enam orang bebas yang dianggap pro-BN.

Semalam, ahli parlimen Rasah-DAP Anthony Loke berkata seandainya Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah digantung kelayakannya selama enam bulan, ini bermakna PR hanya tinggal 72 orang ahli parlimen. Satu pertiga daripada 222 kerusi bersamaan dengan 74. Dengan kata lain, kerajaan boleh mengemukakan usul untuk meminda perlembagaan, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam masa enam bulan akan datang.

Bagaimanapun, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz (gambar kiri) menyanggah kenyataan Anthony Loke semalam, "Beritahu mereka, mereka ni bodoh kerana dua pertiga bermaksud, dua pertiga daripada 222, bukan daripada kehadiran dalam dewan. Bodoh!"

Tidak perlu pinda perlembagaan untuk persempadanan semula

Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyetujui kenyataan Nazri bahawa penggantungan empat orang ahli parlimen PR tidak memberi laluan untuk meminda perlembagaan.

Selain itu, Wong Chin Huat memperbetulkan Anthony Loke bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya memerlukan sokongan majoriti mudah (simple majority) ahli parlimen, tetapi memerlukan majoriti dua pertiga jika ingin menambah kawasan pilihan raya.

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, masalah yang terbesar kini adalah penggantungan kelayakan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Walaupun tiada kabinet bayangan dalam negara ini, tetapi hampir semua negara di seluruh dunia akan menghormati Ketua Pembangkang dalam parlimennya. Oleh itu, adalah sesuatu yang "pelik" untuk menggantung seorang Ketua Pembangkang daripada masuk ke dalam parlimen.

Malah, Wong Chin Huat (gambar kanan) mempersoalkan, "Dalam kedudukan Dewan Rakyat, Anwar berada pada kedudukan bersemuka dengan Najib. Dengan kata lain, apabila Najib bangun berucap, kerusi di depannya adalah kosong. Mengapa beliau begitu angkuh sehingga tidak mahu melihat ada orang di depannya? Dalam enam bulan yang akan datang, Najib bebas datang dan pergi dalam Parlimen. Tetapi kerusi di depannya kekosongan. Mengapa begitu sempitnya hati seorang Perdana Menteri?"

*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang dari teks asal.

MerdekaReview

Saturday, November 27, 2010

Sunday, September 5, 2010

IKLAN YANG MEMBUATKAN UMAT ISLAM MARAH

TERBARU:

- Dilaporkan page/group facebook 'TV3MALAYSA' telah dinyahaktifkan (deactive)..ini adalah kerana asakan yang bertali arus oleh rakyat Malaysia di laman tersebut..ramai peminat yang telah diban/block...

- Dilaporkan juga, pihak TV3, melalui Ahmad Fedtri Yahya telah berjanji untuk menamatkan iklan khurafat itu serta merta setelah dikecam oleh seluruh umat Islam Malaysia...



- Esok (Isnin, 6 Sept), jam 12 tengah hari, Satu memorandom bantahan akan diserahkan oleh admin/creator facebook 'KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010' di Sri Pentas..hadirin dijemput untuk hadir...

- Selain itu, Parti Islam Se-malaysia (PAS) melalui Dewan Ketua Pemudanya turut akan menyampaikan memorandom pada tarikh berkenaan bagi menuntut permohonan maaf dari TV3..

- Walaupun iklan ini telah ditarik balik, kita tetap mahukan permohonan maaf dari TV3 kepada seluruh umat Islam Malaysia..dan lebih dari itu, penJELASan, siapakah dalang disebalik terhasilnya iklan khurafat ini..rakyat perlu tahu!...wallahua'lam

Pria Malaya

Wednesday, September 1, 2010

Kembara Jr @Blogspot: Racun pun Umno sangka ubat

Racun pun Umno sangka ubat

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Umno kini umpama diserang wabak kencing tikus sehingga racun pun disangka ubat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Umno sudah tidak tentu arah lagi untuk mencari formula ubat bagi menyembuhkan wabak kronik yang kini dideritainya hingga ubat luput tarikh seperti pandangan Zam (bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin) pun dilahap dengan penuh rakus oleh parti itu.
"Ubat Zam tak ubah seperti botol kicap yang bukan sahaja luput tarikh malah sudah ke peringkat menjadi racun," kata beliau.
Zam menuduh PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.
Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman.
"Sebab itulah saya kata 'ubat' Zam itu sebenarnya racun yang akan memburukkan lagi wabak yang kini dideritai oleh Umno.
"Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zam kerana bersungguh-sungguh menyumbat racun ke dalam mulut Umno yang kini bagaikan dibelasah wabak kencing tikus," katanya sambil membangkitkan kembali dokumentari RTM mengenai Kelantan ketika Zam menjadi Menteri Penerangan.
"Dokumentari itu akhirnya terbukti penuh pembohongan dan menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Harakahdaily tahun lalu pernah menceritakan apa yang berlaku di Kelantan ketika peristiwa 13 Mei di mana memang tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra.
Menurut bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".
Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.
Sebaik sahaja mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR 10.
Ketika di bawa ke JKR 10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu.
"Mereka dijamu dengan mi dan nasi lemak," kata Salahuddin.
Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam.
PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam.
Bekas Presiden PAS itu menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.
Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang terlibat dengan projek-projek membuat jalan di Kelantan, Chua Say Paw, tiba-tiba datang ke JKR 10.
Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.
Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan.
Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.
Sambil memandang Chua, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.
Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak