Tuesday, March 29, 2011

Video seks: Pemimpin agama jangan jadi ‘syaitan bisu’, kata Hadi

“Jangan anggap kezaliman adalah kekuatan kepada seluruh kerajaan, kezaliman yang berlaku merendahkan kerajaan, menunjukkan kelemahan dan kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa.

SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta atas sebab-sebab yang tidak diundang.

Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat menerima yang rakyat dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.

The Malaysian Insider

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak