KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan  kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s  bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi  menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.
    Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas  kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi  memastikan ia tidak berulang lagi.
    RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus  memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. 
   Menerusi rancangan kartun  slot Mickey Mouse and Friends yang  disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai  seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang  pelan membuat bahtera.
  Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya  bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran  masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir  tiba.

No comments:
Post a Comment