KUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.
“Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.
“Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding,” katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.
Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000.
Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.
MYMETRO
2 comments:
KESIANNYA AWAK... KALAU ADA DUIT TU BAIK-BAIK BUAT GUNA KEHIDUPAN HARIAN... DAH SENJA BENARDAH... TENGUK DIRI... KESIAN SUNGGUH LAH. TAKDE ORANG NASIHAT KE?
Kenapa tak masok umno, nek?? Untong2 kalau menang boleh jadi menteri hal ehwal warga tua.
Post a Comment