Wednesday, October 26, 2011

Pusat penternakan gagal: Suami Shahrizat, anak ada kepentingan - KeadilanDaily.com | KeadilanDaily.com

Bila Kita kata UMNO ini kroni daduhukan depa marah

Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan,

وتأمل حكمته تعالى في ان جعل ملوك العباد وأمراءهم وولاتهم من جنس اعمالهم بل كأن أعمالهم ظهرت في صور ولاتهم وملوكهم فإن ساتقاموا استقامت ملوكهم وإن عدلوا عدلت عليهم وإن جاروا جارت ملوكهم وولاتهم وإن ظهر فيهم المكر والخديعة فولاتهم كذلك وإن منعوا حقوق الله لديهم وبخلوا بها منعت ملوكهم وولاتهم ما لهم عندهم من الحق ونحلوا بها عليهم وإن اخذوا ممن يستضعفونه مالا يستحقونه في معاملتهم اخذت منهم الملوك مالا يستحقونه وضربت عليهم المكوس والوظائف وكلما يستخرجونه من الضعيف يستخرجه الملوك منهم بالقوة فعمالهم ظهرت في صور اعمالهم وليس في الحكمة الالهية ان يولى على الاشرار الفجار الا من يكون من جنسهم ولما كان الصدر

“Sesungguhnya di antara hikmah Allah Ta’ala dalam keputusan-Nya memilih para raja, pemimpin dan pelindung umat manusia adalah sama dengan amalan rakyatnya bahkan perbuatan rakyat seakan-akan adalah cerminan dari pemimpin dan penguasa mereka. Jika rakyat lurus, maka akan lurus juga penguasa mereka. Jika rakyat adil, maka akan adil pula penguasa mereka. Namun, jika rakyat berbuat zholim, maka penguasa mereka akan ikut berbuat zholim. Jika tampak tindak penipuan di tengah-tengah rakyat, maka demikian pula hal ini akan terjadi pada pemimpin mereka. Jika rakyat menolak hak-hak Allah dan enggan memenuhinya, maka para pemimpin juga enggan melaksanakan hak-hak rakyat dan enggan menerapkannya. Jika dalam muamalah rakyat mengambil sesuatu dari orang-orang lemah, maka pemimpin mereka akan mengambil hak yang bukan haknya dari rakyatnya serta akan membebani mereka dengan tugas yang berat. Setiap yang rakyat ambil dari orang-orang lemah maka akan diambil pula oleh pemimpin mereka dari mereka dengan paksaan.


Saya petik daari (KeadilanDaily.com) Syarikat Milik Suami dan Anak Datuk Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua WANITA UMNO

(Oleh: Norutul Ilham)

PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami dan anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun.

Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan syarikat itu diberi status projek berimpak tinggi dengan sasaran memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Pada 20 Oktober lalu, satu pasukan peninjau yang diketuai Rafizi dan Aminuddin telah membuat kunjungan ke pusat seluas 5,000 ekar di Gemas itu, bagi menentukan pencapaiannya.

Hasil maklumbalas dari temuramah yang dilakukan mendapati jumlah lembu yang diimport itu dipelihara sekitar 1,000 ekor sahaja, manakala lembu yang disembelih pula sekitar 20 ekor sehari.

“Kajian awal KEADILAN, menunjukkan projek ini gagal walaupun menelan jumlah besar wang rakyat dan kurniaan tanah 5,000 ekar,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Menurutnya, prestasi operasi syarikat itu perlu dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan memandangkan projek tersebut mendapat bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM250 juta.

Jumlah penggunaan daging lembu sepatutnya ialah 162,357 tan manakala jumlah lembu yang perlu di sembelih pula ialah sebanyak 1,500 ekor sehari untuk dibekalkan di pasaraya tempatan.

Penyelidikan KEADILAN juga mendapati operasi lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak Shahrizat itu masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar.

Penyelewengan wang rakyat

Selain aktiviti mengimport, syarikat itu juga dilantik kerajaan untuk membangunkan penternak kecil melalui konsep penternakan satelit, membangunkan makanan lembu berkualiti dan baja dari operasi penternakan tersebut.

KEADILAN berpendapat isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat.

Ini kerana Projek itu dilancarkan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Shahrizat dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku bekas menteri yang bertanggungjawab menganugerahkan projek tersebut, tampil menjelaskan perkara itu.

“Masalah ini timbul apabila anak-anak dan suami menteri berkenaan menandatangani ‘soft loan’ daripada kerajaan yang diberikan buta-buta kepada Shahrizat. Sampai bila pun (projek ini) tidak dapat pulangan kerana pelihara lembu hanya 1,000 ekor,”.

“Kesannya kerajaan akan tanggung sehingga harga barangan jadi naik dan sebagainya,” ujarnya.

KeadilanDaily.com

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak