KOTA TINGGI: “Apa salah cucu saya hingga dia dibunuh begitu kejam, dia hanya berumur 15 tahun,” kata Muhammad Kasim, 62, di sini, semalam.
 Cucu warga emas berkenaan, Nurul Atikah Samsiah ditemui mati dibunuh  dengan keadaan muka serta badannya lebam teruk dipercayai dibelasah  sebelum mayatnya dihumban di dapur sebuah kediaman yang terletak selang  tiga rumah dari rumah ibu bapanya.
 Mayat Atikah ditemui pada jam 6.30 pagi semalam, selepas hilang  sejak jam 2 petang kelmarin, dari rumah keluarganya di Rumah Kakitangan  Ladang Kambau, dekat sini.
Menurut Muhammad, dia hampir pengsan  selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya, Rahimah mengatakan  cucunya itu ditemui mati.
“Kali terakhir saya bertemu Atikah ialah Isnin lalu apabila dia  datang ke rumah saya di Kampung Sungai Perepat yang terletak 10  kilometer dari rumahnya untuk bertanya khabar selain makan tengah hari.

No comments:
Post a Comment