Sunday, October 9, 2011

Hudud tidak perlu majoriti Parlimen Profesor Dr Abdul Aziz Bari

SHAH ALAM - Undi dua pertiga majoriti di Parlimen tidak diperlukan untuk melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri, kerana hukum boleh diletakkan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, perlembagaan tidak perlu dipinda untuk melaksanakan hukum ini kerana negeri boleh melaksanakannya menerusi kuasa yang wujud dalam Mahkamah Syariah.


Menurutnya, persoalan utama mengapa hukum ini tidak dapat dilaksanakan Kelantan adalah faktor perlaksanaannya.

“Dari segi perlaksanaan, mahkamah syariah mempunyai masalah kerana bidang kuasa terhad di bawah Akta Mahkamah Syariah 1965.

“Negeri masih memerlukan bantuan Pusat menerusi agensi tertentu seperti polis dan penjara khusus untuk penahanan pesalah sebelum dibicarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perlembagaan perlu digubal di Parlimen untuk membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan dalam Dewan undangan Negeri pada 1993.

Panel lain ialah Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya dan Dr Khairudin Aman Attakiri, dengan Profesor Madya Dr Supyan Husin sebagai moderator.

Beliau berkata, masalah perlaksanaan akan selesai sekiranya polis mampu melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang syariah yang turut melibatkan hukum hudud di peringkat negeri.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak