Tuesday, October 11, 2011

Hu nafi ugut bawa DHPP tinggalkan PAS

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau juga menafikan membuat ancaman untuk meninggalkan PAS seperti yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini.

pas forum 170609 hu pang chaw 02"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapur," kata Hu (kanan) yang dipetik olehHarakahdaily, hari ini.

Sinar Harian hari ini menyiarkan di halaman utama dengan laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan meninggalkan PAS jika hukum hudud dilaksanakan.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.

Hu juga dipetik berkata, beliau sudah menjelajah ke banyak negeri dan rata-rata penyokong pembangkang yang bukan Islam bertegas menolak hudud.

“Jadi PAS tidak boleh buat main-main dengan perkara ini. Selama ini, orang bukan Islam sokong PAS kerana sangka parti ini adalah yang terbaik, serasi dengan mereka. Tiba-tiba mahu buat hudud pula. Ini yang mereka tak boleh terima,” katanya.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching with flagsSementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini, petang tadi, Hu mengingatkan bahawa PAS perlu mematuhi perlembagaan parti itu yang menyatakan perlembagaan persekutuan mesti dipatuhi termasuk dalam pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Katanya, pemimpin PAS perlu berbincang dengan ahli DHPP sekiranya mereka ingin meneruskan hasrat berkenaan.

"Perlembagaan parti menyatakan sebarang usaha dan tindakan mesti selaras dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang negara bagi PAS mencapai tujuan dan objektifnya. Pemimpin mesti menghormati perkara ini dalam pelaksanaan hukum hudud.

"Saya fikir ada isu lain yang lebih mendesak dibincangkan daripada hudud, jika PAS dan Pakatan mahu mengambil alih Putrajaya. Justeru membangkitkan isu sekarang tidak akan mencapai objektif yang diharapkan,” katanya.

Hu juga menjelaskan kebimbangannya bahawa sesetengah ahli DHPP akan meninggalkan parti itu terus disensasikan oleh media tertentu dan kenyataan sebenarnya tidak dijelaskan.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Hu berkata beliau tidak kisah dikecam oleh anggota PAS sendiri yang menempelaknya gara-gara mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

"Terpulanglah kalau mereka mahu mendesak saya untuk meletak jawatan tetapi ini amanah besar parti demi kebaikan penyokong bukan Islam," katanya di Kota Bharu hari ini.

Hu menimbulkan kontroversi dan kemarahan sesetengah anggota PAS selepas menyatakan rasa kecewa kerana soal hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS Kelantan tidak dibincangkan bersama dengan sayap parti itu, DHPP.

Berikutan kenyataan Hu itu, beliau dikecam hebat dalam beberapa laman web termasuk laman sosial facebook yang mahukan beliau dipecat dari jawatan itu.

Hu berkata sehingga kini beliau tidak dihubungi atau dipanggil oleh mana-mana pemimpin PAS termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Hu berkata adalah tidak benar anggota DHPP telah mendapat gambaran sebenar mengenai hukum hudud itu seperti yang didakwa beberapa pemimpin PAS.

"Saya berkecimpung dalam politik sudah 42 tahun dan bagi anggota PAS yang mahu bercakap sesuatu saya sarankan mereka mendalami dahulu perlembagaan parti," katanya.


MK

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak