Friday, February 18, 2011

Mahkamah Nafi Kuasa Speaker, 'Hari Gelap' Perundangan Negara



SHAH ALAM 18 FEB: Tindakan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dengan mengenepikan saman pemula terhadap ADUN Pelabuhan Klang merupakan "hari gelap" sistem perundangan negara.

Justeru, keputusan pendengaran yang dibuat tanpa kehadiran peguam defenden dianggap terburu-buru seraya mengenepikan hak untuk didengari.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media lewat petang tadi, Teng menyifatkan keputusan tersebut adalah tidak adil atas kapasiti beliau sebagai Speaker DUN Selangor yang mempunyai imuniti penuh terhadap saman dan mahkamah.

"Saya boleh katakan, keadilan yang tergesa-gesa adalah keadilan yang terkubur dan saya rasa dalam kes ini keadilan telah dikuburkan.

"Mahkamah harus sedar ini adalah kes melibatkan perlembagaan, Dewan Negeri dan Speaker. Ini bukan kes Tom dan Jerry. Saya tidak nampak mengapa mahkamah harus sangat tegas. Dunia akan ketawakan kita. Badan kehakiman apa yang kita ikut?" tegas Teng.

Sebelum itu, Hakim Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Teng di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan saman pemula Badrul Hisham Abdullah.

Zaleha turut membenarkan permohonan Badrul dalam deklarasi satu bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

Teng kemudiannya diarahkan untuk membayar dengan kos sebanyak RM40,000 atas tindakkan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN berkenaan pada 19 Januari lalu.

Teng sebelum itu menjelaskan kepada media bahawa peguamnya, Tommy Thomas telah memohon kepada mahkamah pada 11 Februari lalu untuk menangguhkan pendengaran hari ini kerana terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Susulan itu menurutnya, peguam beliau telah menerima surat daripada mahkamah yang menolak permohonan penangguhan tersebut tiga hari kemudian.

"Bayangkan kita telah memberitahu mahkamah bahawa peguam akan berada di Mahkamah Johor Bharu pada 16 hingga 18 dan kami minta menangguhkan pendengaran yang ditetapkan pada 17 Februari. Mereka setuju menangguhkan tapi dibawa kepada 18 Feb juga tidak dapat dihadiri peguam saya," jelas Teng lagi.

Walaubagaimanapun menurut Teng, peguam beliau telah menghantar wakil untuk memohon penangguhan sesi pendengaran hari ini ditolak termasuk permohonan mendapatkan peguam baru.

Teng berkata mahkamah tidak seharusnya meneruskan pendengaran tanpa pengurusan kes yang betul.

"Sebenarnya pada 14 Februari kami menerima afidavit daripada plantif dan kami mahu menjawab untuk afidavit. Berdasarkan undang-undang mahkamah tinggi, kami ada 14 hari untuk menjawab," ujar beliau.

Jelas Teng lagi, jika Speaker boleh diperlekehkan oleh sistem kehakiman maka tidak mustahil rakyat boleh ditindas sewenang-wenangnya di dalam mahkamah.

Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa speaker ada kekebelan daripada cubaan untuk didakwa di mahkamah berdasarkan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan.

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersambung pada 28 Mac depan.

TVS NEWS

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak