“Bukan mereka (pembangkang) sahaja yang kena, kita pun kena juga, kalau nak tunjuk serangan peribadi kepada pemimpin kita, pengerusi, timbalan pengerusi, termasuk pemimpin parti komponen lain memang banyak.(Apa masud Khairi berkata sedemikian)?
Malaysian Insider
Khairy: Jangan guna kempen serang peribadi calon
HULU SELANGOR, 19 April — Khairy Jamaluddin meminta parti politik bertanding pilihan raya kecil Hulu Selangor supaya tidak lagi berkempen dengan menyerang peribadi calon dan pemimpin parti ketika Umno-BN terus menjadikan isu Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat sebagai modal politik.
“Saya minta supaya kesemua parti bertanding supaya menghentikan kempen yang menyerang peribadi.
“Kalau nak serang biarlah serang dasar bukannya peribadi,” kata Ketua Pemuda Umno ini.
Khairy menambah karakter dan perwatakan pemimpin penting dan “minta mana-mana pihak sama ada BN ataupun PKR hentikan sebab hendak tunjukkan kepada generasi muda cara berkempen yang baik,” katanya.
“Bukan mereka (pembangkang) sahaja yang kena, kita pun kena juga, kalau nak tunjuk serangan peribadi kepada pemimpin kita, pengerusi, timbalan pengerusi, termasuk pemimpin parti komponen lain memang banyak.
“Jadi semua pihak kena hentikan, dan saya minta supaya pembangkang tidak hanya menuding jari kepada kita sahaja,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.
No comments:
Post a Comment