Calon Yang Disebut-Sebut Bertanding Parlimen Hulu Selangor, Dr Halili Keluar Parti
HULU SELANGOR 19 APR: Calon yang disebut-sebut mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum Datuk Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat mengumum keluar daripada parti itu hari ini.
Beliau sebelum ini pernah dua kali bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi tewas sebelum kerusi itu kemudian berjaya dimenangi calon PKR, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum 2008.
Dr Halili kemudian menyertai Umno.
No comments:
Post a Comment