Isu Arak: PKR gelabah atau BN gelabah?
Tindakan cepat Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan yang BN menjadi dalang disebalik isu berkaitan kesalahan moral calon PKR ketika dalam Umno dahulu dilihat tindakan pengecut beberapa pemimpin BN yang mungkin juga akan menerima tempiasnya.Penafian itu dibuat selepas Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.
Sebaliknya, Hishammuddin telah menyalahkan beberapa blog yang cuba menyebar isu 'peminum arak' kepada umum dan tiada kaitan dengan Umno-BN.
Hishammuddin juga menyatakan, PKR telah melatah dengan berita itu kerana menyalahkan BN dan meminta BN membuktikan dakwaan ke atas calon PR, Dato` Zaid Ibrahim.
Beliau berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang di sebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.
Sambil menafikan Umno telibat dalam dakwaan itu.
“Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu".
Jika diamati dengan teliti kenyataan itu, nampak seolah-olah, ada pihak-pihak tertentu dalam Umno-BN merasa bimbang akan terkena tempias yang sama jika PKR mengaitkan isu 'peminum arak' dengan Umno-BN.
Mungkin ada pemimpin tertinggi dalam Umno-BN terasa akan menerima kesan sampingan daripada dakwaan isu arak.
Cuba lihat bagaimana Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution yang diberi laluan berucap di parlimen.
"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.
Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu." -artikel berkaitan boleh baca di sini.
Itulah sebabnya Hishamuddin cepat-cepat menafikan Umno ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat blogger pro Umno berkenaan isu peminum arak. Sebabnya, rahsia mereka (pemimpin Umno-BN) semuanya ada dalam 'tangan' PR.
Berita menarik (sini)
Warkahdaily
No comments:
Post a Comment