Thursday, April 22, 2010

LIM KIT SIANG(IPOH TIMUR) KINI SEDANG BERBAHAS DI PARLIMEN

Parlimen hangat, bahas usul rujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 April: Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Dua daripada lapan pembahas baru selesai mengutarakan hujah masing-masing iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Datuk Nur Jazlan Mohamad (BN-Pulai).

Sedang berbahas ketika ini Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Lima lagi ahli Parlimen yang akan berbahas ialah Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang pauh), Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Rengas), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Azmin dalam perbahasannya mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan Apco dan zionis Israel.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di Batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Mahfuz dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.

"Saya tidak nampak di mana kesalahan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dalam ucapannya beliau sebut 'pada 1999 APCO menasihati One Israel dan pada 2009 menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1Malaysia.

"Adakah kita nak nafikan bahawa Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri 1Malaysia? Memanglah beliau Perdana Menteri 1Malaysia, bukan 2Malaysia," katanya disambut tepukan meja oelh wakil Pakatan Rakyat.

Justeru, Mahfuz mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu.

"Saya minta Padang Rengas menarik balik dan meminda usul ini," katanya.


Harakah

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak