Sunday, April 11, 2010

BINA SEKOLAH DI DUN BAGAN PINANG BELUM TERTUNAI

UMNO kini mulai menabur janji pula di Hulu Selangor, perjanjian mereka di Bagan Pinang masih lagi belum tertunai. Di Bagan Pinang perjanjian untuk mendirikan sebuah sekolah masih belum tertunai, kini mereka berjanji akan mendirikan 4 buah sekolah pula di Hulu Selangor. Adakah Hulu Selangor akan senasib dengan Bagan Pinang




Janji Umno-BN Bina Sekolah Di DUN Bagan Pinang Belum Ditunai

BAGAN PINANG 11 APR: Kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga kini belum menunaikan janji-janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kononnya mahu membina sekolah di Taman Intan Teluk Teluk Kemang.

Biarpun sudah lima bulan pilihan raya kecil itu berlalu, namun sampai sekarang tiada tanda-tanda projek pembinaan sekolah berkenaan menjadi realiti sebagaimana harapan rakyat.

Setiap kali pilihan raya berlangsung, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nor Azizi Abdullah berkata Umno-BN pasti sibuk menabur gula-gula politik sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Beliau mendapati BN seolah-olah tidak peduli keada kemarahan rakyat Bagan Pinang yang ditipu pada pilihanraya kecil lalu dan belum reda hingga kini, sebaliknya terus menggunakan umpan yang sama di Hulu Selangor.

“Apabila ada pilihanraya kecil, Barisan Nasional (BN) pasti menjanjikan pembangunan termasuk di Bagan Pinang. Janji pembangunan adalah janji yang menyebabkan rakyat bertukar pendirian dan menyokong BN.

"Bagaimanapun, janji-janji itu langsung tidak ditunaikan," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan, Mohd Saufi Mi'ad pula berasa hairan kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi umpan sama di Hulu Selangor, kali ini bukan satu tetapi empat sekolah.

“Kita rasa pelik apabila PRK Hulu Selangor belum berlaku lagi, Muhyiddin berjanji membina empat sekolah di Hulu Selangor sedangkan di Bagan Pinang masih belum bergerak apa-apa lagi.

Beliau memberi amaran bahawa banyak lagi pendedahan akan dibuat AMK Negeri Sembilan jika Umno-BN terus-terusan cuba menipu pengundi Hulu Selangor.

“Kita simpan data mengenai janji-janji yang dibuat Umno-BN. Banyak yang kita simpan tapi kita ambil pendekatan untuk mendedahkan sebahagian dahulu untuk peringatan.

Namun, beliau menegaskan, AMK Negeri Sembilan tidak teragak-agak membuat pendedahan pada pilihan raya Hulu Selangor dengan membentang data-data betapa BN bukanlah parti yang baik untuk menjadi kerajaan.

TVSelangor.com

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak