Tuesday, April 13, 2010

Taman rekreasi Terengganu Waterfront pangkalan maksiat


KUALA TERENGGANU: Taman rekreasi Terengganu Waterfront, di sini dimajukan pihak berkuasa bagi memudahkan orang ramai bersantai dan berehat sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu yang menenangkan, tetapi selepas beberapa tahun, kawasan itu kini semakin tidak begitu selesa lagi dikunjungi keluarga lantaran onar dicetuskan pasangan muda mudi. Bagi pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, kawasan yang tersorok dan sunyi, terutama pada hari bekerja, menjadi ‘pangkalan’ untuk memadu kasih dan melepaskan kerinduan masing-masing.


Malah, kawasan itu juga dikatakan menjadi tempat segelintir pasangan remaja liar memuaskan nafsu pada waktu siang sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang membawa anak ke kawasan berkenaan.

Seorang pekerja pembersihan di kawasan itu, Ibrahim Mohd, 53, mendakwa dia pernah menyaksikan lebih daripada 10 perlakuan maksiat setiap hari di kawasan itu, membabitkan remaja awal 20-an berpeleseran di taman terbabit melakukan perlakuan sumbang di khalayak ramai.

Menceritakan pengalamannya, dia berkata, pernah satu hari pada bulan Januari lalu pada jam 12 tengah hari ketika berada di kawasan berkenaan, dia melihat sepasang remaja tanpa segan silu bercengkerama di atas pagar batu.

Ibrahim berkata, melihat perbuatan pasangan remaja melakukan seks oral di kawasan itu, dia menghampiri pasangan berkenaan untuk memberi nasihat, namun remaja lelaki terbabit mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan kepadanya.


Katanya, melihat keadaan tidak terkawal apabila remaja lelaki berkenaan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, dia kemudian meninggalkan kawasan itu kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepadanya.

"Sejak saya bekerja di kawasan ini, lebih daripada 100 perlakuan maksiat sudah saya saksikan, dengan pelbagai perlakuan ditunjukkan tanpa segan silu dan yang lebih memeranjatkan aksi perlakuan seks turut dilakukan secara terbuka di kawasan ini.

Baca seterusnya

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak