Showing posts with label PRK Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label PRK Hulu Selangor. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

UMNO PECAT JOHAN SERTA MERTA - SELEPAS JADI CALUN BEBAS




HULU SELANGOR, 17 April:
Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

Ramainya penyokong PR!

(Lautan manusia (penyokong PR) yang menggamatkan suasana hari penamaan calon di Hulu Selangor)


Alhamdulillah, sudah selamat semuanya. Suasana penamaan calon di Hulu Selangor meninggalkan kenangan manis buat pengundi kawasan itu kerana kehadiran begitu ramai penyokong PR yang hadir untuk memberi sokongan padu kepada calonnya, Dato` Zaid Ibrahim.

Sebelum ini, laporan berita menyatakan kehadiran lebih 10,000 penyokong PR di hari penamaan calon di sini.

Dalam laporan TV Selangor, Ketua Polis Selangor sendiri mengesahkan lebih 10,000 penyokong PR hadir dalam perarakan itu.

(Penyokong PR hadir memberi sokongan padu kepada Zaid)


Jika dilihat kepada penyokong berdaftar seperti yang dilaporkan harakahdaily, kira-kira 3,500 orang jentera PR (PAS, PKR dan DAP) yang berdaftar untuk hadir dalam perarakan itu.

Dalam pertandingan 25 April nanti, Zaid Ibrahim akan ditentang calon BN, Kamalanathan dan dua orang calon bebas.

Warkahdaily

Kerja Mudah Lawan Kamalanathan – Khalid


Fri, Apr 16, 2010

Dalam Negeri

khalid ibrahim Oleh staf FMT

KUALA KUBU BARU: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata percaturan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon P. Kamalanathan, memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

Beliau menyifatkan Kamalanathan sebagai calon yang lemah berbanding dengan Datuk G. Palanivel yang merupakan pilihan utama MIC sebelum ini.

Menurut beliau dengan pemilihan Ketua Penerangan MIC itu, peluang Pakatan Rakyat (PR) amat cerah untuk terus memenangi hati pengundi Hulu Selangor.

"Peluang kita adalah lebih baik sekarang, namun kita masih perlu bekerja keras untuk menyakinkan pengundi Hulu Selangor bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR adalah sebuah parti yang layak mewakili mereka di parlimen," kata Khalid yang juga merupakan pengarah kempen pilihan raya berkenaan.

Dalam pada itu, PKR turut meletakkan wakil-wakil terpilih yang bertanggungjawab "mengawal selia" kawasan di bawah parlimen Hulu Selangor termasuklah Kuala Kubu Baru, Hulu Bernam dan Batang Kali.

Menurut Naib Presiden PKR R Sivarasa, PKR memberi tanggungjawab kepada ahli parlimen Kapar S Manikavasagam di Kuala Kubu Baru manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati M Muthiah dan ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar masing-masing di Hulu Bernam dan Batang Kali.

Sivarasa berkata PKR bertindak sedemikian kerana sedar bahawa parti tersebut sebelum ini menang dengan majoriti yang tipis.

Strategi PR adalah dengan menjalankan kempen rumah ke rumah bagi memperkenalkan calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

freemalaysiatoday.

Thursday, April 15, 2010

KURANG 4 JAM LAGI BN TIADA CALUN SESUAI

Wa kaka UMNO mahu MIC tak mahu, MIC mahu UMNO tak mahu, macam cerita Nujum Pak Belalang episod dalam Gua, UMNO dan MIC nak cari calun



Kurang empat jam lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional dijadual mengumumkan calon BN untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, namun sehingga kini, belum ada kepastian siapa bakal calon mereka.


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu difahamkan gagal untuk menyakinkan Muhyiddin supaya menerima calon tunggal, Datuk G Palanivel yang dikemukakan parti itu.

Difahamkan Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu. Menurut sumber MIC, Muhyiddin berkeras mahukan calon lain dan menolak Palanivel - ini menyaksikan tiada penyelesaian dalam kebuntuan itu.

Baca lagi

BN TAK MAHU, MIC KATA MAU, MCA KATA TAK TAHU ,TERUKNYA BN NAK CARI CALUN


Pengerusi pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mengetahui golongan mana yang masih inginkan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai calon di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau bagaimanapun mengakui wujudnya satu golongan dalam MIC di kawasan itu yang mengugut untuk memboikot pilihan raya tersebut sekiranya Palanivel tidak diletakkan sebagai calon.

BN dijadual mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini, namun hampir separuh daripada ketua-ketua cawangan MIC kawasan itu hari ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Palanivel.

Ada yang membayangkan untuk memulaukan pilihan raya tersebut sekiranya cadangan untuk mencalonkan Palanivel itu ditolak oleh BN.

Menurut Khairy, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC dan bukannya Palanivel (bawah) seperti yang ditekan oleh golongan berkenaan.

Katanya, keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon parti itu perlulah dihormati.

"Ugut-mengugut ini bukanlah satu perkara sihat," kata Khairy ketika ditemui Malaysiakini di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mendakwa tidak mengetahui kononnya ada kumpulan yang masih menyokong Palanivel sebagai calon.

"Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Yang saya boleh jawab,sebagai pengerusi pemuda BN, feedback yang saya terima, inginkan kepada calon muda.

"Kemahuan mereka adalah untuk calon MIC dan perdana menteri telah jawab akan diberikan calon MIC.

"Jadi saya tidak tahu apa masalahnya (lagi). Mungkin ini sebahagian atau keseluruhan daripada parti MIC saya tidak tahu tapi akhirnya kita kena lihat keputusan yang akan dibuat.

"Saya dah turun dah dapat banyak feedback dan nampak gayanya hendak kepada calon tempatan. Orang muda hendak kepada calon muda," katanya.

Malaysiakini

UMNO TAK DAPAT CALUN MELAYU - KINI CALUN BEBAS SEORANG MELAYU TAWAR DIRI UNTUK BERTANDING


Seorang Lagi Calon Bebas Bertanding Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Seorang ahli perniagaan, Johan Mohd Diah, 31, hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Beliau merupakan calon kedua menawarkan diri selepas bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, V. S. Chandran mengumumkan bertanding.

"Saya anak jati Felda dan pengundi di sini. Saya sudah mengambil borang bertanding calon Bebas atas permintaan umum untuk membela nasib 1,000 orang peneroka di Felda Sungai Tenggi dan gugusan Felda Hulu Selangor yang ada 6,000 pengundi.

"Ramai orang berkaliber di sini...jadi kenapa nak undi calon dari luar seperti calon PKR dari Kelantan," katanya yang berasal dari Felda Sungai Tenggi dan mewakili kira-kira 20,000 pengundi muda di Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada pukul 4 petang esok.

Hari penamaan calon adalah Sabtu ini. - BERNAMA



Saturday, April 10, 2010

9 borang diambil, ramai calon dijangka saing di Hulu Selangor

Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil — kemungkinan berulang di Hulu Selangor?Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar



Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil selepas ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.

“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),” katanya.

Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

“Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat petang ini (semalam).

“Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa ada masa lagi (menjelang hari penamaan calon)

“Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan calon,” kata beliau.

Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan jawatan.M/I


Detikdaily



Saturday, April 3, 2010

MIKE TAISON DAH BELI GLOVE BARU UNTUK PRK HULU SELANGOR

Mike Taison dah beli glove baru, untuk bertinju kat Hulu Selangor, MIC pula masih mempertahankan hak mereka untuk bertanding. Projek pula akan datang mencurah-curah, kepada pakcik dan makcik, ini peluang untuk meminta bantuan. Harap jangan minta kain pelikat dan kain batek udahlah.



Foto by Rakyat Marhaen

Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel mengesahkan hanya namanya dicalonkan parti itu bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor untuk pertimbangan perdana menteri.
"Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di Kuala Kibu Bahru, petang semalam. Difahamkan MIC sebelum ini menyenarai beberapa nama kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak sebagai calon pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 25 April ini. Palanivel, bekas wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum tewas pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, disebut-sebut mewakili BN di kawasan itu walaupun ada desakan supaya diketengahkan calon daripada Umno.

Baca lagi

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak