Monday, April 12, 2010

Amalan Kaum Nabi Luth Yang Masih Diamal Oleh Remaja Hari Ini

Ada empat amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth terdahulu, tetapi masih lagi diamalkan oleh remaja zaman moden ini. Kaum Nabi Luth melakukan amalan-amalan ini dengan tujuan untuk menarik perhatian kaum sejenis untuk melakukan perbuatan terkutuk yakni liwat. Amalan-amalan tersebut ialah:

* Bersiul dengan mulut untuk menarik dam mengajak pasangannya untuk melakukan liwat.

* Duduk atau lepak di tepi jalan dengan tujuan untuk memburu mangsa untuk melakukan perbuatan liwat. Rasulullah melarang umatnya daripada duduk di tepi jalan. Kalau perkara itu tidak dapat dielakkan maka hendaklah kita tunaikan hak-hak jalan iaitu: Tunduk pandangan, menutup pendengaran, menjawab salam dan memberi laluan.

*Membuka butang baju di bahagian dada. Kaum Nabi Luth membuka dada mereka untuk bermegah-megah dengan dada yang bidang, bulu dada dan untuk menarik perhatian pasangan mereka.

* Memakai seluar terlondeh hingga ke paras tulang punggung dengan tujuan untuk memperlihatkan dan menarik perhatian kaum sejenis.

P/S: Sesuatu budaya atau fesyen yang hendak diikut hendaklah dirujuk kepada orang lebih tahu tentang agama terlebih dahulu. Barulah selamat dunia dan akhirat.


1 comment:

Unknown said...

Salam,
mmg banyak sangat rupanya budaya jahiliah di popularkan kembali oleh yahudi melalui fesyen-fesyen pakaian yang kononnya up to date tapi sebenarnya jauh ketinggalan macam pakaian zaman jahiliah.
yang menjadi mangsa ialan orng2 Islam yang tak tahu apa hanya menjadi hamba fesyen.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak