Wednesday, September 1, 2010

Tan Sri Musa Hassan Akan bergelar Bekas Ketua Polis Negara

September 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

Ismail yang kini merupakan timbalan kepada Musa akan memulakan tanggungjawab baru mulai 12 September ini.

“Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa tempoh kontrak Tan Sri Musa sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir 12 September dan oleh itu, Timbalan Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar telah disyorkan sebagai ketua polis yang baru,” kata Hishammuddin kepada pemberita di sini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam Pesuruhjaya Datuk Hussin Ismail akan menggantikan tempat Ismail.

Hishammuddin juga menafikan bahawa kontrak Musa tidak disambung ekoran tekanan pihak luar.

Sehubungan itu kata Hishammuddin, beliau berharap Musa akan terus memberi sumbangan kepada negara selepas bersara.

“Sudah pasti ia tidak kaitan dengan itu (tekanan luar),” katanya.

“Kita perlu mencari ruang untuk membolehkan beliau terus menyumbang kepada negara. Cuma, formaliti sebagai Ketua Polis Negara berakhir pada 12 September,” katanya lagi.

Musa, 59, mencapai umur persaraan wajib pada 2007 tetapi perkhidmatan beliau disambung dua kali.

Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa Musa agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara atas alasan kadar kes jenayah dan rasuah telah meningkat di bawah kepimpinan beliau.

Musa pula menekankan, beliau tidak pernah kecewa dengan keputusan perkhidmatannya tidak disambung.

“Saya tidak kecewa. Saya sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan polis,” katanya lagi.

The Malaysian Insider

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak