Merdekakah kita jika masih di tadbir mengikut acuan british dan bukan acuan Islam dan sunnah nabi
Merdekakah kita jika rakyat masih di jajah dengan budaya asing,budaya hiburan melampau yang lebih barat dari barat dan pendidikan akhlak dan agama di abaikan.
Merdekakah kita jika masih dibelenggu dengan masaalah moral dan akhlak yang kian teruk sama seperti masyarakat jahiliah sedangkan kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan Islam.
Merdekakah kita jika kita masih takut untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara kita sendiri.
Medekakah kita jika masih lagi dibelenggu masaalah rasuah,salahguna kuasa dan kronisme sedangkan rakyat dibawah yang terpaksa menangung semua bebanan tanpa pembelaan.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi dibiarkan leka dengan hiburan sehingga lupa tangungjawab yang lebih berat menanti di akhirat dan hanya mengejar keuntungan dunia.
Merdekakah kita jika masih lagi berada dalam kebimbangan tentang masaalah jenayah yang makin buntu seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya sedangkan Islam yang menjadi agama rasmi hanya sebagai hiasan sahaja dan tidak dijadikan dasar.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi ditekan dengan politik ugut dan ampu,jika tidak sokong keraajaan pelbagai tekanan akan dikenakan dan jika menyokong pelbagai kemudahan disediakan.
Merdekakah kita jika hak rakyat untuk bersuara seakan dinafikan,apa saja keputusan pemerintah tidak boleh ditegur dan para cendikian seakan dirantai dan dikunci mulutnya.
Merdekakah kita jika Isu-isu perkauman masih lagi jadi bahan politik.
Fikir-fikirkan bersama...
Kami Sokong Tok Guru
1 comment:
Trimakasih,tolong promosi blog saya...
Post a Comment