Tuesday, August 31, 2010

KERAJAAN NEGERI DAH BERTUKAR, JKKK KG PUN DAH TUKAR, KETUA KG PUN DAH TUKAR..




Jambatan lama dah tak boleh guna oiiiii!!!!!

Ha..sebenarnya ni la cerita yang aku nak bagi tau pun.Sempena dengan Hari Raya yang tak beberapa harinya lagi, tentu ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Buat warga Batu Masjid di luar sana, aku nak maklumkan kepada korang dan korang tolonglah sampaikanlah kepada saudara mara yang tak tahu. Jambatan lama tu dah rosak. Tak usahlah digunakan lagi. Yang aku nampak masih ada yang menggunakan laluan tu . Bahaya!!!! JKKK tak nak ambik tahupun, apa lagi nak bagi tau???? Tak ada papan tanda amaran.(sebab perkara ni tak merapu kot..) Adalah sebiji tayar kereta terpakai di letakkan di atas lubang tu. Kalau di lihat dari atas, nampaklah berlubang. Macam tak bahayapun. Tetapi sebenarnya teramat-amatlah bahayanya. Sebenarnya kawasan dalam lingkaran merah tu ( rujuk gambar ), yang tinggal hanyalah lapisan premix dan crusher run sahaja. Adalah lebih kurang 8-12 inci tebal. Kat bawah dah lompong. Tunggu masa dan mangsa saja.

Abutment jambatan ni dah terpecah dua. Satu dah runtuh ke dalam sungai dan satu lagi cuma bertahan dia atas cerucuk kayu sahaja. Pada pendapat aku, jambatan ni dah tak boleh digunakan lagi. Sebab tu lah di bina jambatan baru bersebelahan. Dah tak boleh di perbaiki kerana yang rosak adalah pada bahagian abutment. Kalau bolehpun kosnya lebih tinggi. Jadi, lebih baiklah ditutup sahaja. Apa di tunggu lagi? Nak tunggu ada yang cedera atau terkorban kut????


pemandangan dari arah masuk ke kampung. jambatan lama di sebelah kiri, baru sebelah kanan.




anak panah menunjukkan tanda amaran merapu, hehehe.....bawah tayar tu lah terdapatnya lubang.



dari atas seolah2 lubang ini sahaja yang ujud. nampak macam tak bahaya sangat



lihatlah ketebelan sebenar yang tinggal tergantung. bahaya tak?




kawasan dalam lingkaran nampak cantik dari atas. sebeanrnya kawasan ini hanya setebal 8-12 inci sahaja.



pemandangan bawah jambatan. kawasan dalam lingkaran merah sejajar dengan lubang pada bahagian atas




sebahagian abutment yang masih tinggal. hanya di sokong oleh cerucuk kayu.


sebahagian abutment lagi yang runtuh ke dalam sungai
batu masjid

Batu masjid

4 comments:

Ayid said...

Jambatan yang disebelah lagi tu jika anda pandang memang cantek. Cuba perhatikan pada gambar-gambar bahagian bawah jambatan, Ibarat retak menanti roboh. Siapa yang akan jadi mangsa pertama jambatan ini kita sama-sama nantikan

cicitHJHASSANu said...

salam Ramadhan ya sheikh...

bila dah jambatan reput tu dituko,wajib lah pulak tuko batang tubuh umno yang membuatnya..

tunggul reput,tuko insyallah selamat dunia akhirat.

Ayid said...

Masna JKKK Kg dan Ketua Kampung, Perantau nak balek Raya ini, nanti jatuh jambatan pulak. Di jalanraya tak kemalangan tiba-tiba di Jambatan kg pula kemalangan

Ayid said...

INI AKIBAT NYA JIKA KAUM KELUARGA MENJADI PEMIMPIN DI SESUATU KG. MAKA BENARLAH FIRMAN ALLAH

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah 29)

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak