PECAH DARA KENANGAN MALAM MERDEKA
بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang gadis 19 tahun yang dicekup kerana berkhalwat, bukan mengaku hilang dara pada malam sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-53 di sebuah hotel di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (SPS) di sini awal pagi semalam, malah menggunakan kad pengenalan ibunya bagi mendaftar masuk hotel berkenaan.
Gadis itu membuat pengakuan berkenaan selepas dicekup berkhalwat dalam satu operasi cegah maksiat ‘Ops Gegar dan Sahur’ membabitkan sepasukan 15 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 3 pagi.
Lebih mengejutkan, ketika ditahan dia hanya memakai blaus dan seluar ketat paras paha tanpa coli dan seluar dalam, manakala pasangannya berusia 20-an, lengkap berpakaian.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui coli serta singlet di atas katil milik wanita berkenaan dan ketika disoal siasat, wanita itu mengakui kedua-dua barangan itu miliknya, malah pihak berkuasa menemui kesan tompokan darah pada cadar di bawah coli dan singlet terbabit.
“Siasatan mendapati suspek wanita mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya buat pertama kali dan mendakwa hilang dara pada malam merdeka ketika menginap di hotel itu.
“Dia mengaku sudah berkenalan dengan pasangannya sejak empat tahun lalu dan baru pertama kali menyewa di hotel,” katanya.
Khairul Azman berkata, pemeriksaan mendapati bilik berkenaan didaftarkan atas nama seorang wanita, ibu kandung gadis itu dan siasatan mendapati dia menggunakan kad pengenalan ibunya tanpa kebenaran.
Menurutnya, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang dokumen pernikahan yang sah ketika diminta dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk laporan tangkapan.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.
3 comments:
Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini?
Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.
pada commentor diatas..apa kena mengena crite atas dengan hudud bro.???utk makluman sekiranya hudud mahu dilaksanakan di
Malaysia ataupun dinegeri-negeri spt Kelantan atau sebgainya melibatkan perstujuan perlembagaan di Parlimen masaalahnya UMNO tidak stuju undang syariah skrg ditukarkan kpd hudud (berpandukan pada majoriti parlimen) unless Kerajaan persekutuan diperintah oleh PAS,,kalu hang tak percaya cuba tukar kerajaan pd PRU 13 ni barulah hang dapat merasa kalau nak hukum hudud sangat.
sebenarnya hudud tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kekangan undang2 dalam fasal 75 Perlembagaan Persekutuan. jika Pas hendak melaksanakan hudud, maka kita terpaksa utk menawan parlimen pada PRU13 nnt. ini berikutan keenganan UMNO utk melaksanakan undang2 Allah ini. jika kita berjaya menawan parlimen pada PRU13 nnt, insyaallah kita mempunyai suara majoriti utk mengubah fasal 75 Perlembagaab Persekutuan agar bersesuaian dengan kehendak Islam dan kehendak bagi yang bukan Islam...insyaallah
Post a Comment