Wednesday, September 1, 2010

Gambar yang menambahkan sakit hati UMNO!


Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga mengungkitkan tentang beliau berhadas? "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda”. Kata Hisyamuddin. Teresa Kok pulak membidas Hisyamuddin dengan katanya : "Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain.". Hihihi.. adakah Teresa pulak persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Hisyamuddin pun satu hal. Selesaikan masalah dalam kain UMNO Terengganu dulu. Mana dia tahu YB tu datang haid? Sampai begitu sekali dia perati dalam kain orang? Ish2. Kesihan Hisyamuddin. Kenapa mufti tak beri fatwa menyokong puak-puak UMNO ni dalam isu non muslim ke masjid ni?

PUTRAJAYA 30 Ogos - Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata, dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.
"Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan. "Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Ahli Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.

Nampaknya gambar-gambar yang saya posting sebelum ini berkait tentang bukan Islam diseluruh dunia yang mengunjungi masjid mendapat komen yang tidak sedikit. Banyaknya macam penyokong UMNO sakit hati melihat gambar-gambar tersebut. Seolah-olah mereka tidak boleh terima bagaimana orang bukan Islam didekatkan dengan pusat kepada agama Islam. Realiti dan hukum yang bercanggah dengan kenyataan jahil pemimpin mereka. Puak-puak sekular ini memang berpegang kepada memisahkan agama dari kehidupan. Amat janggal kalau agama di sekalikan dengan agama. Sedangkan perjuangan PAS untuk menyatukan keduanya. Antara agama dengan kehidupan, politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan lain-lain. Sabarlah wahai ahli UMNO. Sedikit demi sedikit nanti anda akan faham erti Islam yang syumul. Berdoalah agar mendapat hidayah khususnya sempena bulan Ramadhan

YB ADUN daripada BN yang bukan Islam di Sarawak takpe pulak?

Apa beza fahaman UMNO yang nationalis dengan DAP yang sosialis. Kalau nak kata Sosialis itu ideology kafir. Sama sahaja dengan nationalis melayu. Perjuangan kebangsaan berasaskan bangsa melayu yang dipegang lebih 50 tahun oleh UMNO. Nak kata derhaka sultan Selangor kerana PR memerintah Selangor. Ini gambar di masjid Terengganu ni macamana? Derhaka Sultan Terengganu ke?

L-R: WanPeng, LanK, Bab, Shahar, Arbans & Khalil inside the Masjid Terengganu

Kalau nak kata sumbangan kerana kepentingan politik? Apa kurangnya UMNO. Lihat gambar-gambar ni.

dalam masjid.. tutuplah jambul isteri tu MB Johor!

Logo UMNO-BN tak haram ke bawak dalam masjid? Takde kepentingan politik ke YB?

Kalau nak kata kehadiran itu tidak berakhlak? Nie Ching berbuka di kalangan muslimat. Bagaimana pemimpin UMNO ini?

Datuk Azalina di dah le berbuka pose dengan kedudukan tak sekular (memisahkan lelaki dan wanita) tak pakai tudung lagi. Ada adab ke?
Apa hal pun. Selain daripada Islam semuanya dianggap sebagai millah yang satu. Ditolak oleh Allah Swt dan Rasulnya. Yang selamat adalah Islam. Masalah apa yang ada dalam niat mereka itu terserahlah kepada Allah Swt. tetapi betapa ramai orang yang kuat menentang Rasulullah Saw zahir dan batinnya tetapi akhirnya ditukarkan hati mereka jinak kepada Islam seperti Umar al-Khattab. Dan kekadang Islam itu berkembang melalui tangan musuh-musuh Allah Swt. Ketika buruknya pandangan terhadap Islam ketika selepas peristiwa tumbangnya WTC di Amerika pada 11 sept tetapi kemasukan kepada agama Islam melonjak kepada 200%. Betapa perancangan musuh memomok seolah Islam mendiskriminasikan wanita tetapi 4/5 yang memeluk Islam adalah wanita.
Mungkin juga UMNO berjaya mengelabui sebahagian mereka yang jahil untuk membenci PR. Dan menarik undi melayu tegar kepada UMNO-BN. Tapi itu makar mereka. Belum tahu makar Allah SWT. KepadaNya lah kita bertawakkal

Ustaz Saiful Bahri

2 comments:

Anonymous said...

salam... jgnlah kerana politik semua cuba d halalkan... berjuang kerana agama bukan begini... sekadar ingatan dari hamba.

kuntuman kemboja said...

tetapi, janganlah pula kita mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan ALLAH.

cari dulu nas sebelum kita mengharamkannya. dalam Al-Qur'an dah diterangkan tentang perkara ini. ikut sahaja apa yang telah dinyatakan. jangan memandai buat hukum sendiri.

mungkin apa yang terjadi ini ada hikmah yang jauh lebih baik daripada sangkaan buruk kebanyakan orang.

jangan disempitkan Islam mengikut acuan logik fikiran sendiri. Islam itu lapang.

sebagai umat Islam, kita sepatutnya menggalakkan orang bukan Islam untuk lebih mengenali Islam. walau apapun niat mereka, pada asalnya. biar mereka lihat Islam dari dalam daripada membiarkan mereka membuat tafsiran dari luar.

ramai orang bukan Islam membenci Islam kerana mereka sendiri tidak mengenalinya. Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menonjolkan hakikat Islam.

bukan sedikit orang yang bermati-matian membenci Islam yang akhirnya baru menyedari apa itu Islam. seorang pemuda ketua suatu kaum yang pernah meruntuhkan sebuah masjid, akhirnya memeluk Islam selepas mengenali apa itu Islam.

lagipun apa yang dilakukan oleh YB itu hanyalah ucapan yang berkaitan dengan tanggungjawabnya terhadap masyarakat. bukannya ucapan yang sia-sia dan menghina Islam.

apa yang boleh diperbetulkan ialah meminta dia memakai selendang dan berpakaian yang lebih baik.

kebelakangan ini, terlalu banyak pandangan-pandangan jumud (sempit) dikalangan umat Islam sendiri terhadap agamanya sendiri. semuanya hanya menggunakan akal fikiran tanpa merujuk kepada sebarang nas yang melarangnya. nampak sangat mereka seolah-olah tidak mengenal agamanya sendiri.

semoga ALLAH melapangkan fikiran mereka-mereka yang jahil. Amin

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak