Sunday, September 12, 2010

Perkasa dah tahu umno nak tumbang PRU 13 - Ka ka ka HEBAT PERKASA

Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN PRU-13



Pertubuhan hak orang Melayu Perkasa hari ini memberi amaran keras kepada Umno agar tidak selesa dengan asas sokongan diterimanya sekarang sambil mendakwa hanya tiga daripada 10 ahli parti itu akan mengundi mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata keahlian Umno yang dipercayai dalam lingkungan 3.4 juta orang sebenarnya tidak bermakna memandangkan hanya segelintir penyokong tegar yang akan mengundinya manakala yang lain akan dipengaruhi oleh isu-isu dan tindak tanduk parti-parti lain.

“Jangan menganggap bahawa (semua) ahli Umno akan mengundi Umno,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di Taman Melawati di sini hari ini.

“Mungkin mereka ahli Umno tetapi mereka tiada semangat Umno,” kata Ibrahim (gambar) yang juga merupakan bekas ahli Umno.

“Mereka akan mengundi mengikut arus (isu) nasional... jadi jangan memandang mudah perkara ini. Oleh itu adakah mereka akan mengundi jika menjadi ahli, tidak, tidak semestinya,” kata beliau dalam reaksi ketiganya sejak Rabu lalu ekoran pendirian terbuka Umno dan BN ke atas pertubuhan bukan kerajaan Melayu ini.

Ibrahim berkata, isu-isu seperti kenaikan harga barangan akan menyebabkan pengundi-pengundi melupakan bahawa mereka adalah ahli Umno.

Sehubungan itu kata beliau, persepsi bahawa Umno mengabaikan isu-isu menyentuh orang Melayu untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu juga akan menjejaskan sokongan mereka kepada parti induk BN itu.

“Perpaduan mantap akan menyumbang, calon yang baik akan menyumbang, jentera pilihan raya akan menyumbang... kesemua ini adalah faktor sumbangan kepada mana-mana parti ataupun calon ketika pilihan raya.

“Tetapi kesemua ini adalah sumbangan bonus. Apa yang penting ialah isu-isu,” kata beliau dengan merujuk kepada arah aliran pengundian sejak pilihan raya umum 2008.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini merujuk kepada tindakan Pakatan Rakyat yang menggunakan senarai isu dengan baik dalam memenangi kerusi Parlimen Gombak dan Shah Alam meskipun majoriti pengundi di bahagian itu adalah ahli-ahli Umno.

“Jadi, anda bertanya (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin), di mana perginya ahli-ahli Umno yang beliau bangga sangat,” soal Ibrahim seolah-olah membidas Ahli Parlimen Rembau itu.

Kedua-dua mereka terlibat dalam perang mulut sejak Jun lalu.

Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk memandu 300,000 ahlinya dalam pilihan raya umum akan datang jika perlu berbuat demikian demi kepentingan pertubuhannya.

“Terserah kepada ahli-ahli Perkasa siapa yang mereka hendak menyokong,” kata Ibrahim yang Mac lalu memberi amaran bahawa mereka yang memusuhi Perkasa tidak akan memperoleh sokongannya.

Semalam, pemimpin-pemimpin BN — dalam perkembangan julung kali kelihatan mula — bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan “membisu” dalam melahirkan pendirian mereka, secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa.

“Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya.

“Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik.

“Perkasa bercanggah dengan dasar 1 Malaysia kami,” katanya.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Perkasa “sangat berat sebelah”, dan Umno tidak pernah menerima pendirian pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dalam temu bual terbaru, Dr Mahathir secara terbuka terus menyatakan sokongan beliau kepada Perkasa ketika Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dr Mahathir, yang dilihat sebagai “orang kuat” Perkasa, telah merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu Mac lalu.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno agar tidak menyatakan sokongan kepada Perkasa.

Kelmarin, dalam kenyataan terbuka Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Malaysianinsider

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak